Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.gan] | سݢن

Definisi : 1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan; segan-segan malu-malu: janganlah ~, jem-putlah masuk; segan-menyegan saling berasa segan: rasa ~ antara jiran sebelah-menyebelah rumah masih menebal di kalangan masyarakat kita; menyegani berasa segan (hormat, malu, takut) kpd, memalui, menghormati serta menakuti: ia sangat disegani oleh teman-temannya; pahlawan perang dan anggota dewan per-wakilan rakyat yg disegani; segan-menyegani saling menghormati, malu-memalui, harga-menghargai (antara satu dgn lain); menyegankan berasa segan (hormat, malu, takut) akan: kalau begitu apalagi yg kakak segankan; keseganan 1. yg disegani (ditakutkan, di-malukan): tetapi ada anaknya yg mulia dan gagah ~ orang banyak; 2. perihal segan (malu, takut, malas, dll), keengganan, ke-malasan; penyegan orang yg segan (malas, malu, dll), pemalas, pemalu: dahulunya saya perawan yg pendiam lagi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.gan] | سݢن

Definisi : 1. sj burung, a) burung malas, Caprimulgus indicus; b) burung kubur, Caprimulgus macrurus; 2. sj burung, burung cucur, Batrachostomus auritus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.gan] | سݢن

Definisi : 1 tidak mahu atau tidak suka melakukan sesuatu; malas; enggan: Sesiapa yg ~ bekerja, tidak akan senang hidupnya. 2 = ~ silu berasa malu atau hormat: Mereka semua ~ kpd Pak Lebai itu. menyegani menaruh rasa segan kpd; berasa hormat atau takut kpd: Kami semua sangat-sangat ~ dia. penyegan 1 orang yg berperasaan segan; pemalu. 2 orang yg malas; pemalas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segan (adjektif)
1. Bersinonim dengan malas: lundung, kelesa, wegah, meleng, sungkan, celika, berat siku, berat tangan, berat tulang, ogah, ewa,
Berantonim dengan rajin

2. Bersinonim dengan malu: aib, silu, segok, wirang, bera, kanyor,
Berantonim dengan berani

Kata Terbitan : penyegan, disegani, menyegani, keseganan,

Puisi
 

Ke laut mengambil lokan,
     Burung tiung memanggil anak;
Janganlah malu janganlah segan,
     Samalah kita berdagang sanak.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Segan menggerak lingkar.

Bermaksud :

Terlalu malas.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bashfuladj 1. (of person) pemalu; (at particular instance) malu-malu, segan-segan, segan silu: a ~ child, kanak-kanak yg pemalu; he wasn’t at all ~ about asking for more money, dia sama sekali tdk malu-maluKamus Inggeris-Melayu Dewan
backwardnessn 1. reluctance, hesitation, (sifat) /teragak-agak, ragu-ragu, segan-segan/; 2. slowness to learn, kelembaman, kelembapan; 3. underdeveloped state, kemunduran.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
backwardadj 1. directed towards the rear, ke belakang: without a ~ glance, dgn tdk menoleh ke belakang; 2. reversed, ke belakang: a ~ movement, gerakan ke belakang; 3. reluctant, hesitant, teragak-agak, segan-segan: he was not ~ in pressing his claim, dia tdk teragak-agak mendesakkan tuntutannya; 4. slow to learn, lembam, lembap; 5. behindhand, ketinggalan, tercicir: his long illness had left him ~ in his work, sakitnya yg berlarutan menyebabkan dia ketinggalan dlm kerjanya; 6. undeveloped, (masih) mundur, belum dimajukan: the ~ parts of the country, daerah-daerah yg masih mundur di negeri itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
feel~ free, a. feel comfortable, berasa selesa: he felt a lot freer after he took his jacket off, dia berasa lebih selesa selepas menanggalkan jaketnya; b. feel lack of control, limitation, berasa bebas: after she left the boarding school, she felt free, selepas meninggalkan sekolah berasrama, dia berasa bebas; c. (imper) jangan /segan-segan, malu-malu/: ~ free to help yourself from the fridge, jangan malu-malu utk mengambil apa saja dr peti ais; ~ like, (colloq) rasa nak: she felt like slapping his face, dia rasa nak tampar muka lelaki itu; ~ o’s way, a. berjalan meraba-raba;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inhibitvt 1. restrain, restrict, menghalang, menyekat: his many responsibilities ~ed him from taking a long holiday, tanggungjawabnya yg banyak menghalangnya drpd bercuti panjang; a child should not be ~ed, kanak-kanak tdk seharusnya disekat; tight clothing may ~ breathing, pakaian ketat mungkin menyekat pernafasan; 2. retard, merencatkan, membantutkan: lack of water ~s growth, kekurangan air merencatkan pertumbuhan; 3. cause (so.) to feel inhibited, menyebabkan [sso] berasa segan: his presence seem to ~ her, kehadiran lelaki itu nampaknya menyebabkan dia berasa segan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas