[sé/.sa] | سيقسا
Definisi : (séksa) 1. kesengsaraan (kesusahan, ke-sakitan, dll) yg dideritai sbg hukuman, hukuman yg menyakitkan (menyusahkan dll), aniaya, azab: azab ~ Tuhan akan menimpa orang yg tidak jujur; 2. pedih, sakit, sengsara, susah: hidup pun ~ benar; menyeksa 1. memberi atau menghukum seseorang supaya sengsara (sakit, susah, dll), menganiaya: lain yg salah lain yg diseksa; 2. menyakitkan, menyusahkan: ~ diri sendiri; menyeksai menyeksa berkali-kali; terseksa (telah) mengalami seksa (kesengsaraan, kesakitan dsb), (telah diseksa): jiwa mana yg tidak ~; lebih baik mati di medan perjuangan drpd hidup ~ di bawah cengkaman musuh; seksaan 1. aniaya, penganiayaan: mereka menjadikan perkahwinan bukan sbg syurga dunia melainkan sbg neraka ~; 2. kesakitan, kesusahan: keluhannya keluar bagaikan satu ~ yg tidak tertanggung lagi; penyeksaan perihal menyeksa, penganiayaan: sekarang dia berasa lapang kerana ter-lepas drpd ~ jiwa yg dihadapinya; penyeksa 1. orang yg menyeksa; 2. sesuatu yg menyeksa (peperangan, kebuluran, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sé/.sa] | سيقسا
Definisi : /séksa/ 1 kesakitan yg diderita atau yg ditanggung sbg hukuman; hukuman yg menyakitkan: Azab ~ Tuhan akan menimpa orang-orang yg tidak jujur. 2 sengsara; susah (bkn hidup dll): Hidupnya ~ benar. menyeksa 1 menghukum seseorang dgn menjadikan ia sengsara (sakit, susah dll): Tidak baik ~ orang yg tidak berdosa. 2 menyebabkan berasa susah (sengsara dsb): ~ diri. terseksa dlm keadaan mengalami seksa: Dia sanggup pergi drpd ~ berpanjangan. seksaan rasa seksa: ~ yg ditanggung. penyeksaan perbuatan (hal dsb) menyeksa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)