Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.le.sai] | سلساي

Definisi : 1. sudah dikerjakan dan jadi, siap (dibuat): setelah ~ kota dan paritnya baginda pun berangkat ke sana; 2. berakhir, habis, tamat: setelah ~ drpd sembahyang, mereka itu pun pulang ke tempat kediaman masing-masing; 3. tidak berbaki lagi (wang dll), habis, jelas (hutang), langsai: dia tidak percaya wang-nya telah ~ di meja judi; 4. Mn tidak kusut (rambut atau benang), jelas dan terang (tutur kata); berselesai mengakhiri sesuatu (pergaduhan, persengketaan, dll), berdamai: perkara ini per-kara dia dgn suaminya, biar mereka sahaja yg ~; menyelesaikan 1. menyudahkan, menyiap­kan (kerja, tugas, dll): sekarang aku sibuk ~ satu kerja; 2. mengusahakan supaya berakhir (tamat dsb), menamatkan, mengakhiri (per­sengketaan dll): pintu masih terbuka utk ~ pertikaian antara dua buah negeri itu secara damai; 3. menjelaskan (membayar) hutang: jika ia enggan ~ hutangnya, segala harta bendanya terpaksalah dirampas; 4. me­mecahkan sesuatu masalah (kira-kira dll), mencari jalan mengatasi (masalah dll), menghuraikan: beri nama hukum yg kamu gunakan utk ~ masalah ini; 5. mengatur baik-baik (rambut dll), mengemasi; terselesai dapat diselesaikan: masalah yg semakin ~ menerusi dasar kebangsaan kita; keselesaian perihal selesai, keputusan; penyelesaian perbuatan menyelesaikan (mem­-bereskan dll) sesuatu: mencari ~ secara damai utk memulihkan keamanan; penyelesai orang atau sesuatu yg menye­lesaikan sesuatu persoalan, konflik, masalah dsb: ~ perlu memilih salah satu drpd bebe-rapa operasi yg diketahui; mereka sudah mula meyakini Islam sbg ~ masalah ummah seluruh dunia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.le.sai] | سلساي

Definisi : 1 sudah dikerjakan; sudah jadi (bkn sesuatu yg dibuat): Pembinaan masjid itu memakan masa setahun baru ~. 2 sudah habis; tidak berbaki atau tidak berlebih lagi: Segala hutangnya di kedai itu telah ~. 3 sudah mencapai persetujuan (bkn sesuatu perbincangan, mesyuarat dll): Perbicaraan ttg pembunuhan itu masih belum ~. menyelesaikan 1 melakukan sesuatu supaya selesai; menyudahkan atau menghabiskan sesuatu pekerjaan dll; menyiapkan: Tiada sesiapa pun yg dpt ~ penyusunan sebuah kamus yg baik dlm masa tiga bulan. 2 membayar hutang sehingga habis; menjelaskan: Dia telah dituntut supaya ~ segala hutang arwah ayahnya. 3 mencari jawab utk sesuatu masalah (hitungan dsb) dlm ilmu matematik; menghuraikan. 4 mencari persetujuan atau kesimpulan terhadap sesuatu masalah dll; memutuskan se­suatu perkara: Kerajaan terpaksa campur tangan utk ~ masalah pemogokan itu. penyelesaian 1 perbuatan atau hal menyelesaikan: ~ politik dgn menubuh­kan Malayan Union telah ditentang oleh orang Melayu. 2 cara atau kaedah dlm ilmu matematik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selesai (adjektif)
1. Bersinonim dengan siap: lengkap, sempurna, tamam, jadi, kelar, kamil, telah dikerjakan, sedia, kamal, kafi, akmal, jap,
Berantonim dengan terbengkalai

2. Bersinonim dengan berakhir: tamat, habis, sudah, khatam, gem, cutel, berhenti, gentas, putus, mustaid,
Berantonim dengan berterusan

3. Bersinonim dengan habis: jelas, langsai, tidak berbaki, lenyap, lesap, bersih, cuci, jilah, lindang, kempot, safan-safa, monyel, dedeh, habis licin, habis langsung, licin-licau, tohor, timpas, melawas, licin tandas, melindap, kosong, pokai, licin moner, licin dalik,
Berantonim dengan banyak

4. Dalam konteks tutur kata
bersinonim dengan terang, jelas, izhar, tandas, peta, terang jali, jaleh, tedas, pasti, nyata, maujud, kasatmata, bayan, curai, tidak syak lagi, ketara, tidak kabur, terbukti, sah, tegas,
Berantonim dengan kabur

Kata Terbitan : berselesai, menyelesaikan, keselesaian, penyelesaian,

Puisi
 

Angin bertiup bercampur embun,
     Ombak memukul dengan taufan;
Apa guna harta bertimbun,
     Sudah mati selesai kapan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tak ada kusut yang tak selesai,
     tak ada keruh yang tak jernih.

Bermaksud :

Sekalian perselisihan besar dan kecil dapat didamaikan.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
completionn 1. act of finishing, penyiapan, menyiapkan, menyelesaikan, siap, selesai: the ~ of the essay is his first consideration, pertimbangannya yg pertama adalah utk menyiapkan esei itu; on ~, apabila [n] /siap, selesai/: payment will be made on ~ of contract, bayaran akan dibuat apabila kontrak itu selesai; 2. state of being finished, siap, selesai: the highway is near ~, lebuh raya itu hampir siap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
finish2. reach the end (of doing st) selesai; (colloq) habis: I thought he’d never ~, saya sangka dia tdk akan selesai; 3. conclude, a. (by doing st), /mengakhiri, menyudahi, menamatkan, menghabisi/ + approp n: she ~ed by announcing one day’s holiday for the schoolchildren, dia mengakhiri ucapannya dgn mengumumkan cuti satu hari utk murid-murid sekolah; b. (what one is saying), /habis, selesai/ (approp v): wait until the speaker has ~ed before asking questions, tunggu sehingga pemidato itu habis berucap sebelum mengemukakan soalan; 4.a. reach the finishing line, menamatkan perlumbaan: three of the horses did not ~, tiga drpd kuda itu tdk menamatkan perlumbaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
doneadj 1. completed, finished, (sudah) selesai: my work is ~, kerja saya sudah selesai; 2. cooked, sudah masak; ~ to a turn, well ~, cukup masak; 3. socially acceptable, sopan, beradab: it’s not ~ to gulp down your drink, adalah tdk beradab utk menggogok minuman;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
finishedadj 1. having completed st, selesai, habis: what time will you be ~?, pukul berapakah kamu selesai?; Hamid thought he’d paid all his tax arrears but he discovered that Inland Revenue wasn’t ~ with him yet, Hamid menyangka dia sudah melangsaikan tunggakan cukainya tetapi dia mendapati pihak Hasil Dalam Negeri belum habis dengannya lagi; 2. no longer interested, tdk /ingin, mahu/ lagi: I’m ~ with teaching English, saya tdk ingin lagi menjadi guru bahasa Inggeris;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abruptadj 1. sudden, tiba-tiba, mendadak; (of corner, turn, etc) tajam: an ~ change in the weather, perubahan cuaca yg tiba-tiba; come to an ~ end, tiba-tiba (sahaja) /berakhir, tamat, selesai/, /berakhir, tamat, selesai/ dgn tiba-tiba; come to an ~ /halt, stop/, tiba-tiba (sahaja) berhenti, berhenti dgn /tiba-tiba, mendadak/ (sahaja); 2. brusque, kasar: an ~ reply, jawapan yg kasar; an ~ manner of speaking, gaya pertuturan yg agak kasar; 3. Disconnected, tdk lancar, terputus-putus: an ~ style of writing, gaya penulisan yg tdk lancar; 4. steep, curam: an ~ descent, jalan turun yg curam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
f ollow~ st through, carry out, continue doing etc st to completion, approp v (+ sehingga selesai): he started the project well but failed to ~ it through, dia memulakan projek itu dgn baik tetapi gagal melaksanakannya sehingga selesai; it is important to ~ your argument through to a conclusion, adalah mustahak meneruskan hujah kamu sehingga mendapat satu kesimpulan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
finishvi 1. come to an end, a. (of organized event) tamat, berakhir, selesai; (colloq) habis: at what time will the meeting ~?, pukul berapa mesyuarat akan tamat?; the party didn’t ~ until midnight, majlis itu hanya berakhir pd tengah malam; b. (ref to period of time or st regarded as such) tamat, berakhir; (colloq) habis: the academic year ~es in April, tahun akademik berakhir pd bulan April; his contract ~es at the end of the month, kontraknya berakhir hujung bulan ini; c. (of work, activity) selesai; (colloq) habis: the final payment will be made as soon as work on the building ~es, bayaran terakhir akan dibuat sebaik sahaja kerja pembinaan bangunan itu selesai; filming ~ed a few days ago, penggambaran selesai beberapa hari lalu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
finishvt 1. complete, /menyiapkan, menyudahkan, menyelesaikan, menghabiskan/ [n], /selesai, habis, siap/ [v]: the builders have to ~ the swimming pool before the end of next week, tukang-tukang itu mesti menyiapkan kolam renang or mesti menghabiskan kerja membina kolam renang sebelum hujung minggu depan; when will you ~ that dress?, bilakah kamu akan menyudahkan baju itu?; why is it taking you so long to ~ your homework?, kenapakah kamu mengambil masa yg begitu panjang utk menyelesaikan kerja rumah?; Elizabeth ~ed the novel in one evening, Elizabeth menghabiskan novel itu dlm masa satu petang saja; she hasn’t ~ed praying yet, dia belum selesai bersembahyang lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
concludevi 1. end, berakhir, tamat, selesai; (of theatrical season etc) berakhir: the play ~s with the death of its hero, drama itu berakhir dgn kematian wiranya; the meeting will ~ at 10 o’clock, mesyuarat itu akan berakhir pd pukul 10; 2. finish (what one is saying) mengakhiri + approp n : perhaps I should ~ on a more optimistic note, mungkin saya harus mengakhiri ucapan saya dgn nada yg lebih optimistik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
conclusionn 1. (end, termination) tamat, berakhir, selesai; (closing part) bahagian akhir; (of book, speech, etc) kesimpulan; in ~, akhir sekali, sebagai penutup; 2. deduction, kesimpulan; /come to, reach/ a ~, membuat kesimpulan; draw a ~, membuat kesimpulan; jump to ~s, membuat kesimpulan dgn tergesa-gesa; 3. act of arranging and setting, a. (agreement, treaty, etc) pengikatan: the ~ of the trade agreement with Bulgaria, pengikatan perjanjian perdagangan dgn Bulgaria; b. (sale, deal, negotiation, etc) pencapaian persetujuan dlm; c. (alliance) pembentukan, d. (compromise) pencapaian.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas