Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.buh] | سمبوه

Definisi : menjadi sihat kembali (orang sakit), pulih (drpd sakit, penyakit), baik, betah: orang-orang yg sakit itu akan ~ semula dgn segera; maka apabila ~ lukanya, maka baliklah ia ke Pagar Ruyung; menyembuhkan menjadikan sembuh (baik, betah), mengubati (supaya sembuh): jangan­lah pula kamu berharap doktor itu boleh ~ penyakit itu dlm beberapa hari sahaja; kesembuhan perihal sembuh; penyembuhan perihal menyembuhkan, pemu-lihan; penyembuh (sesuatu) yg menyembuhkan: tiada ubat ~ utk penyakit AIDS. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.buh] | سمبوه

Definisi : kembali menjadi sihat (ba­gi orang yg menghidap sesuatu pe­nyakit); baik semula; pulih: Lukanya sudah ~. menyembuhkan mengubati sehingga sembuh; menjadikan sembuh: Taj-ul-Muluk pun pergilah mengembara mencari ubat utk ~ penyakit ayahandanya. kesembuhan keadaan atau hal sembuh: Rawatan itu tidak menjamin ~ sepenuhnya. penyembuhan perbuatan atau hal menyembuhkan: Mereka ber­usaha mencari kaedah ~ yg berkesan utk penyakit itu. penyembuh ubat atau sesuatu yg menyembuhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembuh (adjektif)
Bersinonim dengan sihat kembali, pulih, baik, betah, siar, segar, waras, uras;,
Kata Terbitan : menyembuhkan, kesembuhan, penyembuhan,

Puisi
 

Air dalam bertambah dalam,
     Hujan dahulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
     Luka dahulu belumlah sembuh.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
convalescevi berehat supaya /sembuh, pulih/: she is convalescing after the operation, dia sedang berehat supaya sembuh selepas menjalani pembedahan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
curedadj 1. healed, sembuh: he is completely ~, dia telah sembuh sepenuhnya; 2. preserved by drying, salting, etc, awet: ~ ham, ham awet.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
convalescencen 1. gradual recovery of health, sembuh, pulih: the patient’s ~ was slow, pesakit itu lambat sembuh; 2. period of recuperation, /masa, tempoh/ pemulihan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
healvi usu ~ up, ~ over, 1. sembuh, baik; (of broken bone) bertaut semula: the wound soon ~ed up, tdk lama luka itu pun sembuh; 2. (fig.) pulih: the rift between them ~ed over and they are now quite friendly, perhubungan yg retak antara mereka sudah pulih dan mereka sekarang berbaik semula;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
convalescentn pesakit yg kian /sembuh, pulih/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
convalescentadj 1. recovering from illness, kian /sembuh, pulih/; 2. of, for convalescence or convalescent, pemulihan: ~ home, rumah pemulihan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firstadv 1. before others, (yg) pertama: George recovered ~, Georgelah yg pertama sembuh; 2. before doing something else, (at beginning of sentence) pertama, lebih /dahulu, dulu/; (elsewhere in sentence), (lebih) /dahulu, dulu/: ~, I would like to discuss Safiah’s proposal, lebih dahulu saya ingin membincangkan syor Safiah; ~ you must renew your passport and then you must apply for a visa, pertama, encik mesti membarui pasport encik dan kemudian encik mesti memohon visa; I want to go to France next month but I’ll have to apply for a visa ~, saya ingin ke negeri Perancis bulan hadapan tetapi saya mesti memohon visa dahulu; let me finish my cigarette ~ and then we can go, biar saya habiskan rokok ini dulu dan selepas itu kita pergi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
get~ over, a. climb over, melepasi: to ~ over a wall, melepasi tembok; b. cross (road, body of water) menyeberangi; c. recover from (illness) sembuh, pulih: it took me a long time to ~ over the flu, lama benar utk saya sembuh drpd demam selesema; d. recover from (shock, so’s death, disappointment, etc, [various translations]: he still has not got over the death of his wife, dia masih belum pulih drpd kesedihan krn kematian isterinya; a bitter experience that is not easily got over, pengalaman pahit yg sukar dilupakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fighting chancen harapan; have a ~, masih ada harapan: the doctor said I had a ~ of recovery, menurut doktor, saya masih ada harapan utk sembuh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flow7. past, progress, berlalu: as the weeks ~ed by his chances of recovery became increasingly slight, makin minggu-minggu itu berlalu makin kecil peluangnya utk sembuh; generations of students ~ed in and out of her life almost unnoticed, angkatan mahasiswa berlalu keluar masuk dlm hidupnya hampir tanpa disedari; 8. hang freely, loosely, mengurai, berjurai: her dark hair ~ed over her shoulders, rambutnya yg hitam mengurai melepasi bahunya; 9. abound in, melimpah-ruah: he came from a family ~ing with love and affection, dia datang dr keluarga yg melimpah-ruah dgn cinta dan kasih sayang; a land ~ing with natural resources, bumi yg melimpah-ruah dgn sumber semula jadi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas