Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; berserah 1. bergantung nasib diri kpd, memulangkan nasib kpd: sudah takdir, apa hendak dikatakan, ~ sahaja; 2. = ~ diri memberikan diri kpd yg berkuasa spt kpd polis (orang salah dll); menyerah 1. menggantungkan nasib kpd, bertawakal kpd, berserah: jangan lekas ~ kpd takdir; 2. = ~ kalah tidak melawan atau menentang lagi, mengaku kalah: biarlah darahnya dihirup drpd ~ kalah; 3. = ~ diri memberikan diri kpd yg berkuasa (orang salah, orang yg ditewaskan dlm peperangan, dll): beberapa orang pengganas telah ditembak mati atau ~ diri; 4. tidak membantah atau menentang, menurut (mengikut) sahaja: akhirnya ia ~ kpd kehendak Raden Menteri; menyerahi memberikan (mengamanahkan) sesuatu kpd: beliau telah diserahi tugas yg serupa; menyerahkan 1. memberikan (melepaskan, menyampaikan, dsb) sesuatu kpd: ayahnya telah ~ wang yg diminta itu; tempat ini dan orangnya sudah diserahkan oleh Raja Kelantan kpd sahaya; ~ kehormatan mem-biarkan diri dinodai (dicabuli); 2. mem-percayakan (kpd), mengamanahkan sesuatu (kpd): mana pekerjaan yg diserahkannya kerjakan olehmu; 3. = ~ diri menyerah diri: ia ~ dirinya kpd aku; 4. = ~ diri meng-gantungkan (mempertaruhkan) nasib dll kpd, bertawakal kpd: hendaklah engkau sangat-sangat ~ dirinya ke hadrat Allah Taala; terserah 1. diserahkan (diberikan) kpd: dan lagi ada pula kuasa yg besar ~ ke dlm tangannya; 2. bergantung kpd, terpulang kpd (pertimbangan, pemikiran, dll): bagi men-tafsirkan undang-undang itu sudah tentu ~ kpd aliran fikiran orang yg mentafsirkan itu; serahan apa-apa yg diserahkan: anakku, aku serahkan ke dlm tanganmu, ~ yg bulat-mulat; penyerahan perbuatan menyerahkan (mem­-percayakan, mengamanahkan, dll): ke­kalahan China diikuti oleh ~ Hong Kong kpd British; penyerah orang atau pihak yg menyerahkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; berserah bergantung nasib (pd); mempercayakan diri dan nasib kpd; bertawakal: Kita tidak dpt berbuat apa-apa kecuali ~ kpd Allah. menyerah tidak membantah atau tidak me­nentang; menurut saja: Akhirnya dia ~ kpd kehendak raja itu. ~ diri merelakan diri ditangkap atau ditawan oleh pihak yg berkuasa (bkn orang salah, pihak yg kalah dlm peperangan dll). ~ kalah mengaku kalah. menyerahi memberi kpd; memberi seseorang sesuatu: Dia diserahi tugas yg berat. menyerahkan 1 mengunjukkan atau menyampaikan sesuatu; memberikan sesuatu: Saya telah ~ surat itu kpdnya. 2 mempercayakan atau mengamanahkan sesuatu: Sebelum pergi bercuti, dia te­lah ~ tugas-tugasnya kpd penolong kanan­nya. ~ diri menggantungkan atau mem­pertaruhkan nasib kpd. terserah ter­pulang kpd; tinggal bergantung pd: Perkara itu ~ kpd tuan utk me­nyelesaikannya. serahan (sesuatu) yg diserahkan. penyerahan perbuatan (hal dsb) menyerah atau menyerahkan. penyerah orang yg menyerahkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serah
Kata Terbitan : berserah, menyerah, menyerahkan, terserah, penyerahan, serah2, terserah-serah,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
extraditable<i>adji> boleh serah balik: <i>an ~ offence,i> kesalahan boleh serah balik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
assignee<i>n i> pemegang serah hak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
assign<i>n i> penerima serah hak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
backwardation<i>n (Stock Exchange)i> bayaran tangguh serah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deliveryd. (<i>sending forth ball etci>) menghantar; 2. <i>periodical performance of distributing letters etc,i> serahan: <i>he makes two deliveries daily,i> dia membuat serahan dua kali sehari; 3. <i>manner of speaking,i> penyampaian: <i>the content of his lecture was good but his ~ was pathetic,i> isi syarahannya baik tetapi penyampaiannya mengecewakan; 4. (<i>leg.i>) <i>handing over, transferring of property, deed, etc,i> menghantar serah; 5. (<i>sporti>) <i>manner of sending forth ball etc,i> hantaran, balingan: <i>a fast ~,i> hantaran yg pantas; <i>a high ~,i> hantaran yg tinggi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas