Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.tia] | ستيا

Definisi : 1. teguh hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), tetap hati: ia sanggup berkorban kerana orang lain, kerana kasih, dan kerana ~; sumpah ~ a) sumpah utk tetap setia selama-lamanya; b) sumpah yg tidak akan diubah lagi; 2. berpegang teguh (pd janji dll), patuh, taat: anak-anak mudanya menuruti langkah bapanya dgn rajin dan tekun dan para gadisnya menuruti cara ibunya dgn patuh dan ~; tidaklah diragui lagi bahawa dia or­ang yg ~ kpd ketuanya; ~ lencana Id pingat tanda kesetiaan (dlm tentera); S~ Mahkota Johor nama bintang kehormatan yg dianugerahkan oleh Sultan Johor; ~ rahsia pembantu yg mengurus hal-hal peribadi dan urusan-urusan sulit, pembantu khas; bersetia mengaku setia, bermuafakat: lalu ~ dan berjanji penghulu Linggi itu dgn Bugis; kesetiaan perihal setia, keteguhan hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), ketaat­an: Pahang yg dahulunya menjadi seba­hagian drpd kerajaan Melaka, sekarang mengubah ~nya kpd Sultan Johor; persetiaan perjanjian mengaku setia: jika akan mungkir drpd sumpah dan drpd ~ itu , janganlah bersembunyi-sembunyi; Matelieff menandatangani satu ~ baharu dgn Sultan Johor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.tia] | ستيا

Definisi : 1 amanah serta teguh hati dlm hubungan suami isteri (persahabatan dll); tidak berlaku curang: Isterinya itu tetap ~ kpdnya. 2 (berpegang) teguh pd janji dll; taat dan patuh kpd pemerintah dll: Rakyat tetap ~ kpd kerajaan. bersetia mengaku setia. kesetiaan keadaan atau sifat setia; keteguhan hati (dlm hubungan suami isteri dll); ketaatan: Hang Tuah tidak ada tolok bandingnya ttg kegagahan dan ~nya. persetiaan perjanjian yg dibuat utk bersetia; perjanjian mengaku setia: Sekarang tampillah tuan-tuan memilihnya dan membuat ~ dgnnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
setia (adjektif)
1. Bersinonim dengan teguh hati: tetap hati, cekal, tabah, bulat hati, bulat tekad, bulat fikiran,

2. Bersinonim dengan patuh: taat, tawaduk, patih, boleh diharap, tunak,

Kata Terbitan : bersetia, kesetiaan, persetiaan,

Puisi
 

Pohon mengkudu tumbuh rapat,
     Rapat lagi pohon jati;
Kawan beribu mudah dapat,
     Sahabat setia susah dicari.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Terapung sama hanyut,
     terendam sama basah (= lulus sama terbenam).

Bermaksud :

Persahabatan yang setia, sehidup semati.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
disloyaltyn a. (gen) ketidaksetiaan; b. (to king, leader, husband) ketidaksetiaan, tdk /taat, taat setia, setia/: ~ to the king, ketidaksetiaan kpd raja; c. (to country) ketidaksetiaan, tdk /taat setia, setia/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disloyaladj a. (gen) tdk setia; he is never ~ to his friends, dia tdk pernah tdk setia kpd kawan-kawannya; b. (to king, leader, husband) tdk /taat, taat setia, setia/: ~ subjects, rakyat yg tdk taat setia; c. (to country) tdk /taat setia, setia/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
faithlessadj 1. unfaithful, tdk setia, curang: a ~ husband, suami yg tdk setia; 2. not true to allegiance, tdk setia: a ~ and fickle public, orang ramai yg tdk setia dan mudah mengubah fikiran; 3. untrustworthy, tdk boleh dipercayai: ~ allies, sekutu-sekutu yg tdk boleh dipercayai; 4. without religious faith, tanpa agama: ~ age, zaman tanpa agama.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
faithfuladj 1. remain loyal, constant, true, a. (to so.) setia: a ~ friend, kawan yg setia; she was a ~ wife, dia isteri yg setia; b. (to cause, principles, etc) berpegang teguh: he was always ~ to his principles, dia sentiasa berpegang teguh kpd prinsipnya; be ~ in the observance of st, taat mengerjakan sst; be ~ to o’s promise, menepati janji sso; 3. trustworthy, boleh dipercayai: a ~ witness, saksi yg boleh dipercayai; 4. accurate, tepat: ~ in every detail, tepat dlm segala perincian; 5. true to the facts, setia: a ~ description, pemerian yg setia;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fealtyn taat setia, kesetiaan: to swear ~, ersumpah taat setia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
allegiancen 1. loyalty to sovereign nation, cause, kesetiaan, taat setia: to take the oath of ~ to the king, mengangkat sumpah taat setia kpd raja; 2. support, loyalty, kesetiaan: the families are split by differing political ~s, keluarga-keluarga itu berpecah-belah krn kesetiaan kpd fahaman politik yg berbeza.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inconstantadj (fml) 1. changeable, berubah-ubah, tdk tetap; 2. unfaithful, tdk setia: an ~ lover, kekasih yg tdk setia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bluea true ~, penyokong setia; out of the ~, (colloq) tiba-tiba: he arrived out of the ~, dia tiba-tiba datang; /vanish, disappear, etc/ into the ~, menghilangkan diri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
faith~ - cure, ~ - healing, pengubatan secara perbomohan; ~ healer, bomoh; bad ~, insincerity, ketidakjujuran; break ~ (with so.) mungkir janji, tdk menepati kata; in bad ~, secara tdk jujur; in good ~, secara jujur: he acted in good ~, dia bertindak secara jujur; /keep, break/ ~ with (so.), /setia, tdk setia/ kpd (sso).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lap-dogn 1. a small pet dog, anjing kecil kesayangan; 2. (derog) pengikut setia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas