Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.sa] | سيسا

Definisi : apa-apa yg tertinggal (sesudah dimakan, dipakai, dll), baki (wang dll), lebihnya, reja: ~ makanan; ~ wang; ~ nabi a) lebih makanan nabi; b) ikan sebelah; ~ radioaktif sisa atau bahan buangan yg dapat mengeluarkan pancaran radioaktif; ~ remeh sisa yg tidak berharga langsung; kulai-balai bagai petai ~ pengait prb orang yg lemah lembut gerak-gerinya; bersisa ada sisanya (bakinya, lebihnya), ber­baki, berlebih: gaji suaminya tiap-tiap bulan tiada ~ sedikit juga; menyisakan menjadikan bersisa, membiar­kan berlebih sedikit, meninggalkan sedikit: isteri hulubalang yg mengidam nangka itu telah ~ nangka baginda; tersisa (dapat, sudah) disisakan sedikit: tidak ~ waktunya utk membuka buku sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.sa] | سيسا

Definisi : apa-apa yg tertinggal selepas di­makan, dipakai dll; baki drpd sesuatu; lebihnya. ~ radioaktif sisa atau bahan buangan yg dpt mengeluarkan pan­caran radioaktif. bersisa ada sisanya (bakinya, lebihnya); berbaki: Tiap-tiap bulan, gaji suaminya tidak ~ sesen pun. menyisakan menjadikan ada sisanya; membiarkan berlebih atau berbaki sedikit: Siapa yg ~ makananku ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sisa (kata nama)
Bersinonim dengan yang tertinggal, tinggalan, baki, saki-baki, lebihnya, reja, renceh, hampas, koret, abu, keranyah, puting, puntung, pemungkur, kerepeh, limah, kari;,
Kata Terbitan : bersisa, menyisakan,

Peribahasa

Kulai-balai bagai petai sisa pengait (= dikait).

Bermaksud :

Orang yang lemah-lembut gerak gerinya. (Biasa juga: Kulai-balai bagai senduk didukung). kulai-balai = tergantung lemah, terayun-ayun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
hog-washn 1. swill, sisa-sisa makanan (utk babi); 2. nonsense, (approp n) mengarut: what a lot of ~!, banyak sangat cakap mengarut!.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disintervt (usu pass.), (fml) menggali keluar: his remains were ~red, sisa-sisa mayatnya digali keluar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dumpn 1. place for depositing waste material, tempat buang (sampah): a ~ for industrial rubbish, tempat buang sisa-sisa kilang; he took a load of old newspapers to the rubbish ~, dia membawa timbunan surat khabar lama ke tempat buang sampah; 2. temporary store for ammunition, weapons or other military supplies, kawasan simpanan: ammunition ~, kawasan simpanan amunisi; 3. (colloq & derog) place that is dirty and ugly, kandang (babi): I refuse to live in this ~, saya tdk ingin tinggal di kandang babi ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
excavatevt 1. (fml) make hole etc by digging, menggali: the prisoners ~d an escape tunnel, banduan-banduan itu menggali terowong utk melepaskan diri;2. uncover (st) by digging, mengekskavasi:archaeologists ~ the remains of past civilizations, ahli-ahli arkeologi mengekskavasi sisa-sisa peninggalan peradaban masa lalu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dottlen sisa tembakau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cindern (sisa) bara;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
complaintn 1. expression of displeasure etc, rungutan, sungutan, merungut, bersungut: she is always full of ~s, dia suka merungut; have cause for ~, mempunyai sebab utk /merungut, bersungut/; make a ~ about, /merungut, bersungut/ ttg; 2. formal statement of grievance, aduan: the department received several ~s about the dumping of radioactive waste in the area, jabatan itu menerima beberapa aduan ttg pembuangan sisa radioaktif di tempat itu; to lodge a ~ against so., membuat aduan ttg sso; 3. ailment, penyakit; (if nature of ailment is specified) sakit: what was his ~?, apa penyakitnya?; a heart ~, sakit jantung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas