Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. alat utk mengemaskan rambut, sikat; 2. alat utk menggemburkan dan membersih­kan tanah, pencakar, penggaruk, sikat; 3. tangkai atau gugus pisang (sebahagian drpd tandan), sikat; 4. sikat pd alat tenun, suri; 5. injap (pd pintu lukah, bubu, dll) utk menahan ikan keluar; ~ insang bahagian insang ikan yg berupa spt sikat (utk menyekat air, kumin-kumin makanan drpd terkeluar); spt gerup dgn ~ prb perihal dua orang yg sangat mesra pergaulannya (tidak boleh diceraikan); bersisir 1. memakai sisir, bersikat; 2. (sudah) disisir, bersikat: pakaiannya selekeh, rambut­nya tidak ~; 3. sedang menyikat rambut; menyisir 1. menyikat (rambut): ia memakai baju, ~ rambutnya, dan duduk menghadapi hidangan itu; 2. membersihkan (tanah) dgn sisir, menggaru, menyikat (tanah): tanah bendang yg berselut itu akan disisir pula; 3. memotong daun kelapa dr pelepahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 alat utk mengemaskan rambut; sikat. 2 alat utk menggemburkan tanah; pencakar tanah. 3 tangkai atau gugusan pisang sbg sebahagian drpd tandan; sikat. 4 injap pd pintu lukah utk menahan ikan supaya tidak keluar. ~ insang bahagian insang yg menghalang kemasukan bahan-bahan di dlm air (spt pasir) ke dlm alat pernafasan yg akan merosakkannya. bersisir 1 memakai sisir. 2 sudah dikemaskan dgn sisir (bkn rambut); bersikat. menyisir 1 mengemaskan rambut dgn sisir; menyikat. 2 menggemburkan atau membersihkan tanah dgn sisir; menyikat. 3 memotong daun kelapa dr pelepahnya; menanggalkan sisir pisang dr tandannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sisir I

Puisi
 

Putih pandai menjemur sisir,
     Sisir dijemur di atas padang;
Gunung emas saya tak mungkir,
     Lewat sudah dipotong orang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti garuk dengan sisir.

Bermaksud :

Dua orang yang bersaudara, tetapi berlainan kemahuan dan tabiatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
comb<i>ni> 1. <i>device for combing hair,i> sikat, sisir; 2. <i>tool, machine, for separating, tidying wool, cotton, etc,i> sisir, sikat; 3. <i>seei> CURRY-COMB; 4. <i>seei> HONEYCOMB; 5. (<i>of fowl, birdi>) balung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bunch<i>ni> 1. <i>cluster, mass,i> a. <i>(of bananas)i> sikat, sisir: <i>a ~ of bananas,i> sesikat pi_òsang; b. <i>(of grapes, keys)i> gugus, jambak; c. <i>(of flowers)i> jambak; d. <i>(of hair, ribbons, grass)i> jambak; 2. <i>(sl) group of people,i> kumpulan, kelompok: <i>a ~ of boys,i> sekelompok budak lelaki; <i>he is the best of the ~,i> dia yg terbaik dlm kumpulan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hand6. <i>handwriting,i> tulisan tangan: <i>she has a neat, clear ~,i> tulisan tangannya kemas dan jelas; 7. <i>signature,i> tandatangan: <i>a document bearing the ~ and seal of the Governor,i> dokumen yg mempunyai tandatangan dan meterai Gabenor; 8. (<i>in card gamesi>) a. (<i>person playingi>) pemain: <i>we need another ~ to make up a four,i> kami memerlukan seorang pemain lagi utk mencukupkan empat orang; b. (<i>a roundi>) pusingan: <i>we’ve got time for one more ~ before tea,i> kita ada masa utk satu pusingan lagi sebelum waktu minum teh; c. (<i>cards dealt to each playeri>) daun terup (yg dibahagikan): <i>I’ve got a good ~ this time,i> saya mendapat daun terup yg bagus-bagus kali ini; 9. (<i>of bananasi>) sikat, sisir;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas