Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.bur] | سوبور

Definisi : 1. tumbuh dgn baik (tumbuh-tumbuhan), lekas besar dan sihat: anak getahnya ~ macam anak getah estet; 2. sihat dan berisi (badan): anak itu kurang ~ kerana tidak mendapat susu yg cukup; 3. banyak mengan­dungi zat utk tumbuhan-tumbuhan (tanah), gemuk: pertanian menghendaki bukan sahaja tanah yg ~ tetapi juga iklim yg sesuai; 4. berkembang dgn baik, bertambah maju dan besar (luas dsb), berkembang biak: agama Islam pun berkembanglah dgn ~nya di negeri-negeri tersebut; 5. bp mudah men­dapat rezeki, murah rezeki, senang hidup; 6. berupaya menjalani persenyawaan (antara benih lelaki dgn benih perempuan): puan boleh tentukan waktu ~ dgn menggunakan carta khas; menyubur tumbuh dgn subur; menyuburkan 1. menjadikan subur (tanah, tumbuh-tumbuhan, dll): di bahagian barat Tanah Melayu, tanah lateritnya disuburkan semula utk penanaman getah; pupuk itu ~ tanaman; 2. memajukan (perniagaan dll), membesarkan, memperkembangkan: guru berpeluang menolong ~ sifat pemimpin pd setengah-setengah murid; mempersubur menjadikan lebih subur; kesuburan 1. perihal subur: kerana hawa­nya dan ~ tanahnya, kawasan ini amat sesuai utk pokok kopi; 2. keupayaan membiak (manusia, haiwan, tumbuhan): suami juga perlu menjalani pemeriksaan ~; ketidaksuburan keadaan tidak subur; penyuburan perihal (perbuatan dsb) menyu­burkan, pemupukan: ~ akal; penyubur sesuatu yg menyuburkan: mereka mendekatkan diri pd kebenaran sbg ~ iman utk menjamin kebahagiaan dan ketenangan yg hakiki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.bur] | سوبور

Definisi : 1 dpt tumbuh dgn baik (bkn tumbuh-tumbuhan); lekas besar: Po­kok bunganya ~-~ belaka. 2 sihat serta segar badannya; bertubuh: Berilah anak-anak kita makanan yg berzat supaya badan mereka ~. 3 banyak berisi zat utk tumbuh-tumbuhan (bkn tanah): Tanah di lereng-lereng gunung berapi biasanya ~. 4 dpt berkembang dgn baik; bertambah maju (besar, kuat dll). menyuburkan membuat supaya (tanah dsb) menjadi subur. kesuburan keadaan subur. penyuburan perihal atau proses menyuburkan. penyubur sesuatu yg menyuburkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
subur (adjektif)
1. Dalam konteks tumbuh-tumbuhan
bersinonim dengan membesar, menjadi, segar,

2. Dalam konteks badan
bersinonim dengan sihat, berisi, gempal,

3. Dalam konteks berkembang pesat
bersinonim dengan maju, berkembang, biak, umbur,

Kata Terbitan : menyuburkan, penyuburan,

Puisi
 

Pokok melati sedang naik,
     Daunnya hilang subur dan sihat;
Biar mati nama yang baik,
     Jangan mati nama yang jahat.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menabur benih di tanah yang subur.

Bermaksud :

Berbuat baik kepada orang yang tahu berterima kasih.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fertileadj (lit. & fig.) subur: ~ soil, tanah subur; ~ eggs, telur subur; his imagination is too ~, imaginasinya terlalu subur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fat4. fertile, subur: ~ pastures, padang ragut yg subur; 5. profitable, menguntungkan; (of profit) lumayan, besar; (of job) bergaji /lumayan, besar/: the tourist industry has had a ~ year, tahun ini merupakan tahun yg menguntungkan bagi industri pelancongan; ~ profits, keuntungan besar; he’s got himself a ~ job, dia memperoleh kerja yg bergaji lumayan; 6. richly rewarding, besar: he was given a ~ part in the play, dia diberi peranan yg besar dlm lakon itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fecundadj 1. fertile , subur: ~ pastures , padang ragut yg subur; 2. ntellectually productive , produktif: a ~ imagination , imaginasi yg produktif; a ~ era in the history of music, zaman produktif dlm sejarah muzik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flourishvi 1. thrive, prosper, berkembang (maju): business is ~ing, perniagaan sedang berkembang maju; 2. grow well, /tumbuh, hidup/ subur: roses ~ in a clayey soil, pokok-pokok mawar tumbuh subur dlm tanah yg banyak tanah liatnya; 3. be in good health, segar-bugar, sihat walafiat: we’re all ~ing, kami semua segar-bugar; 4. be at the peak of development, bersemarak: the Gothic style of architecture ~ed in the 13th and 14th centuries, gaya senibina Gotik bersemarak dlm kurun ke-13 dan ke-14; 5. develop strongly, berkembang subur: poetry and drama ~ed in Elizabethan England, puisi dan drama berkembang subur di England dlm zaman Elizabeth;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
infertileadj 1. unable to produce young, mandul, tdk subur; (of animal) mandul; 2. barren, (of land) tandus; (of soil) tdk subur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Fertile Crescentn Hilal Subur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
infertilityn 1. inability to produce young, kemandulan, ketidaksuburan, tdk subur; (of animal) kemandulan; 2. barrenness, (of land) ketandusan; (of soil) ketidaksuburan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
healthyadj 1. enjoying, showing good health, sihat; (of plants) subur: ~ babies, bayi-bayi yg sihat; ~ skin, kulit yg sihat; 2. thriving, teguh: the country’s economy is fairly ~, ekonomi negara itu agak teguh; 3. conducive to health, menyihatkan, menyegarkan: the ~ air of the mountains, udara gunung yg menyihatkan; a ~ climate, iklim yg menyegarkan; 4. good, beneficial, sihat: ~ competition, persaingan yg sihat; ~ reading for school children, pembacaan yg sihat utk kanak-kanak sekolah 5. sensible, wajar: children have a ~ interest in the human body, kanak-kanak mempunyai minat yg wajar thdp tubuh manusia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glassunder ~, di dlm rumah kaca: these fruits grow well under ~, pokok buah-buahan ini hidup subur di dlm rumah kaca;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bloomvi 1. bear flowers, berbunga: plants that ~ all the year round, pokok yg berbunga sepanjang tahun; 2. (of flower) open, mekar, kembang; 3. flourish, berkembang (subur): talent that ~s at an early age, bakat yg berkembang subur pd usia yg muda; 4. be in full beauty and perfection, mekar: a scrawny child who ~ed into a beautiful woman, kanak-kanak kurus kering yg mekar menjadi wanita yg cantik; 5. glow, berseri: the child’s face ~s with health, muka kanak-kanak itu berseri krn sihat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas