Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taf.sir] | تفسير

Definisi : 1. keterangan dan penjelasan bkn ayat-ayat Quran (kitab suci): kuselidiki isi Quran sedalam-dalamnya, ~nya kukaji; ahli ~ orang yg bijak menerangkan maksud atau tujuan ayat-ayat Quran; 2. = tafsiran keterangan dan penjelasan (maksud ayat dll), kupasan, ulasan: ada manusia yg salah ~ meng­anggap sajak Salim berunsur cercaan; berbagai-bagai tafsiran telah diberi terhadap kenya­taan tersebut; juru~ orang yg memberi pen­jelasan (ulasan dll); mentafsirkan 1. menerangkan maksud (ayat-ayat Quran): guru itu diminta ~ ayat-ayat Quran yg disebutkannya; 2. memberi pen­jelasan (keterangan), mengulas, mengerti­kan, menjelaskan: mahkamah mempunyai kuasa utk ~ perkara undang-undang yg syak dan waham; tafsiran 1. penjelasan (ayat-ayat Quran), tafsir; 2. hasil mentafsirkan, pengertian, pendapat; pentafsiran perihal (perbuatan) mentafsir­kan (sesuatu); pentafsir orang yg mentafsirkan, ahli tafsir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taf.sir] | تفسير

Definisi : 1 keterangan atau penjelasan mengenai maksud ayat Quran atau hadis. 2 = tafsiran penjelasan me­nge­nai maksud sesuatu ayat dll: Berbagai-bagai ~ telah diberikan ter­hadap kenyataan tsb. mentafsirkan 1 menerangkan maksud sesuatu ayat Quran. 2 memberikan penjelasan; me­nghuraikan; menjelaskan. pen­tafsiran perihal (perbuatan dll) men­tafsirkan; penjelasan. pentafsir orang yg mentafsirkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tafsir
Kata Terbitan : tafsiran, mentafsirkan, pentafsir,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
constructionput /a, the/ wrong ~ on, salah tafsir: he put the wrong ~ on what I said, dia salah tafsir apa yg saya katakan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interpretationn 1. understanding, tafsiran, interpretasi: if our ~ of the clause is correct..., jika tafsiran kami ttg fasal itu betul...; 2. explanation, tafsiran, interpretasi: a judge must be skilled in the ~ of the law, seorang hakim mesti mahir dlm tafsiran undang-undang; put the wrong ~ on, salah tafsir: he put the wrong ~ on my words, dia salah tafsir kata-kata saya; 3. rendition, cara [sso] mempersembahkan [sst]; (role) cara [sso] membawa /watak, peranan/: I admire his ~ of Beethoven’s “Fifth Symphony”, saya mengagumi cara dia mempersembahkan lagu “Fifth Symphony” yg digubah oleh Beethoven.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas