Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.hi] | تاهي

Definisi : 1. hampas makanan dlm perut (manusia, binatang) yg keluar melalui dubur, najis: ~ anjing; ~ kambing; najis atau ~ itu mengan­dungi benda-benda yg kasar yg tidak dapat diserap oleh tubuh; 2. berbagai-bagai hampas, karat, kotoran, sisa; 3. ki orang yg ketagihan sesuatu (kerana kebiasaan): ~ judi; ~ air sampah sarap yg mengapung di atas air; ~ angan orang yg suka mengelamun; ~ angin a) awan tipis yg ditiup angin; b) bp borak, obrol, sembang; ~ arak orang yg suka dan kuat minum arak; ~ besi karat pd besi; ~ betina lelaki yg suka berzina; ~ bijih sanga, terak; ~ bintang benda yg kelihatan berkilau spt bintang dan melayang di angkasa utk beberapa ketika; ~ candu a) kotoran yg melekat pd paip penghisap candu; b) orang yg gemar menghisap candu; ~ gergaji serbuk drpd kayu yg digergaji; ~ gigi kotoran yg di celah-celah gigi; ~ hidung hingus kering dlm hidung; ~ ketam sisa kayu yg diketam, tatal; ~ kikir serbuk drpd besi yg dikikir; ~ kuku kotoran hitam di celah-celah kuku; ~ lalat a) tanda hitam bulat pd kulit; b) bintik-bintik hitam pd pakaian; ~ mata kotoran pd mata; ~ minyak a) kerak minyak (kelapa); b) Jh orang yg suka berbohong; ~ rokok orang yg suka (kuat) menghisap rokok; ~ telinga kotoran dlm telinga; ~ tembaga karat yg melekat pd tembaga, terusi; tiada terbuang­kan ~ mata dgn empu kaki prb aib sanak saudara kita tentu terpikul oleh kita sendiri juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.hi] | تاهي

Definisi : ~ angin sj tumbuhan (lumut), rumput angin, kampur angin, Usnea spp.; ~ anjing = ~ asu = rumput ~ ayam sj tumbuhan (herba), ara batu, selasih dandi, Argeratum conyzoides; ~ gigi sj tumbuhan (pokok kecil), menggading besar, mata gajah, kayu hantu, puding hutan, Miliosma nitida; ~ musang sj tumbuhan (pokok renek), mempulih, sepulih, Fagraea racemosa; rumput ~ babi sj tumbuhan (rumput), Adenostemma lavenia; rumput ~ kerbau a) sj tumbuhan (rumpai), Fimbristylis miliacea; b) sj ular, Coluber radiatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.hi] | تاهي

Definisi : ~ ayam sj ikan laut, Tachysurus thalassinus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.hi] | تاهي

Definisi : 1 hampas makanan yg keluar dr dlm perut manusia atau binatang me­lalui dubur: ~ ayam; ~ lembu. 2 berbagai-bagai benda yg dianggap sbg hampas (sisa, keladak, kotoran, karat dll): ~ mata; ~ bijih. 3 ki orang yg suka melakukan sesuatu: ~ arak orang yg suka dan kuat minum arak; ~ judi orang yg suka bermain judi. ~ bintang benda bercahaya yg kelihatan di angkasa, yg bergerak dgn lajunya. ~ lalat a. bintik hitam pd kulit. b. bintik (-bintik) hitam pd pakaian. ~ minyak sisa drpd santan yg dimasak setelah minyaknya diperoleh; kerak minyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahi (kata nama)
Bersinonim dengan najis, berak, kumuhan, kumbahan, kotoran, buangan.,

Puisi
 

Pinang muda atas ragian,
     Pinang tua beragi-ragi;
Kalau muda tahi gigian,
     Biar tua sekali-kali.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Hangat-hangat tahi (= cirit) ayam.

Bermaksud :

Tidak bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
faecaladj tahi, tinja: ~ softener, pelembut tahi; ~ matter, tahi, tinja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dungn excrement of animal, tahi: cow ~, tahi lembu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
faeces n tahi, tinja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dejectan tahi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
falling starn tahi bintang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ear-waxn tahi telinga; (tech) lelilin telinga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dunghilln longgokan tahi binatang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
excrementn (fml) tahi; (tech) ekskremen.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
droppingsn dung of animals, tahi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blow1~ hot and cold, hangat-hangat tahi ayam; ~ /me, me down/, I’ll be ~ed, (colloq), (expressing surprise) aduh; ~ to /blazes, glory, kingdom come/, (act.) menyebabkan hancur berkecai; (pass.) hancur berkecai; st ~ wide open, membongkar sst: an incident which blew the scandal wide open, peristiwa yg telah membongkar skandal itu; ~ the whistle on st, put an end to st, menghentikan sst;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas