Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tak.bur] | تکبور

Definisi : berperasaan tinggi diri (suka meng­anggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dsb drpd orang lain), angkuh, bongkak: ia sangat sombong dan ~ tentang kecantikan dirinya; Iblis berdendam apabila diusir dr syurga kerana sikap ~ dan bong­kak­nya yg enggan sujud kpd Adam; ketakburan perihal takbur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tak.bur] | تکبور

Definisi : perasaan menggangap diri sen­diri lebih mulia, lebih pandai dsb drpd orang lain; angkuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takbur (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan angkuh, bongkak, sombong, riak, bangga diri, congkak, pongah, tinggi hati, besar diri, besar hati, songar, sesumbar;,

Puisi
 

Dayang-dayang mandi menyimbur,
     Mandi menyimbur di pohon getah;
Ayuhai Cik Dayang jangan takbur,
     Sedangkan burung dapat kugetah.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
arrogantadj 1. having exaggerated opinion of o’s worth etc, angkuh, takbur: power often makes a man ~, kuasa selalunya menjadikan sso itu angkuh; 2. arising from, characterized by arrogance, angkuh: his ~ presumption that only he was capable of leading us was infuriating, anggapannya yg angkuh bahawa dia seorang sahajalah yg dapat memimpin kami, menimbulkan kemarahan kami.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas