Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.kung] | تاکوڠ

Definisi : bekas air (makanan ayam, susu getah, dll), bak, bejana: ~ yg berisi air; bertakung tidak mengalir, tergenang, ter­sekat: segala tempat air ~ hendaklah di­tambak; menakung 1. membiarkan mengendap (minyak dsb), membeningkan atau meng­hening­kan sesuatu (dgn membiarkan tahinya, keladaknya, mendap): ~ minyak kelapa; 2. menyekat atau mengempang air dsb (supaya banyak terkumpul), menampung: air ini ditakung utk air minum penduduk; 3. mena­dah, menampung (air hujan dsb): aku takung air malam ini; tertakung 1. tidak mengalir (air, minyak, dsb), tersekat, terhenti: di sini, air ini ~; 2. sudah diendapkan, terendap; takungan 1. = penakung bekas utk mena­kung sesuatu, takung, bejana; ~ ais bekas yg berpetak-petak dsb yg diisi air utk dijadikan (dibuat) ais; 2. tempat utk menakung sesuatu, kolam; penakungan perbuatan (kerja dsb) menakung (air, minyak, dsb), penadahan, penampungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.kung] | تاکوڠ

Definisi : , = takungan bekas utk me­nampung sesuatu (spt getah, ma­kanan ayam). bertakung tidak mengalir; tersekat; bergenang: Nyamuk biasanya bertelur di tempat air ~ dan di dlm paya. menakung 1 menyekat atau menadah air supaya banyak terkumpul; menampung: Sebuah tangki yg besar telah dibina utk ~ air hujan. 2 membiarkan mengendap (bkn minyak dll): ~ minyak kelapa; ~ getah. tertakung dlm keadaan tidak mengalir (bkn air, minyak dll). penakung 1 bekas utk menakung sesuatu; takung. 2 kolam tempat menakung air minuman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takung (kata nama)
Bersinonim dengan takungan, penakung, bak, bejana, tempayan, retot;,
Kata Terbitan : bertakung, menakung, penakungan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bathn 1. vessel, container, a. (for bathing in) /tab, takung/ mandi; b. (for immersing so., st in) takung(an), penakung: a ~ of green dye, takungan yg berisi pencelup hijau; 2. act, instance of washing, immersing, mandi; (of royalty) bersiram; (using lime and flowers) berlimau: a cold ~, mandi air sejuk; a hot ~, mandi air panas; give so. a ~, memandikan sso; /have, take a/ ~, mandi; (of royalty) bersiram; 3. water for bathing in, air mandi; (of royalty) air persiraman; 4. (usu in pl), (for public use) permandian awam, tempat mandi /awam, orang ramai/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dew-pondn takung embunKamus Inggeris-Melayu Dewan
bath-tubn /tab, takung/ mandi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas