Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.kut] | تاکوت

Definisi : = ~ akan (pd) 1. gentar (gerun, ngeri) meng­hadapi sesuatu yg dianggap boleh mem­bahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sang­gup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat ter­peluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; di­genggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepala (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.kut] | تاکوت

Definisi : 1 tidak berani menghadapi sesuatu yg pd perasaannya akan membahaya­kan diri dll: Kanak-kanak ~ akan hantu. 2 berasa bimbang atau ragu-ragu; gelisah; khuatir: Saya ~ kalau-kalau saya gagal dlm peperiksaan. 3 berasa segan dan hormat; takwa: ~lah kamu akan Allah. takut-takut agak takut; sentiasa takut: ~ berani agak takut dan agak berani. menakuti menaruh rasa hormat ter­hadap; berasa takut akan; menyegani: Orang ramai ~ beliau di kampung ini. menakutkan 1 menyebabkan berasa takut; menggerunkan: Kemalangan itu sungguh dahsyat dan ~. 2 menjadikan orang takut akan (kpd); menimbulkan atau menerbitkan rasa takut kpd: Kamu terlalu suka ~ dia dgn yg bukan-bukan. Hukuman itu telah ~ orang lain drpd melakukan kesalahan yg spt itu. ketakutan 1 keadaan takut: Semua rakyat di negeri itu hidup dlm ~. 2 perasa­an takut (gelisah, hormat, segan dsb); kegelisahan; kebimbangan; keseganan. 3 menderita takut; dlm keadaan takut: Anak itu ~ setelah menonton filem yg mengerikan. penakut orang yg mudah berasa takut; pengecut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan gentar: gementar, gerun, kecut hati, ngeri, seram, seriau, gamang, gayat,
Berantonim dengan berani

2. Bersinonim dengan bimbang: risau, khuatir, cemas, cuak, resah, gelisah, tidak sedap hati,
Berantonim dengan senang hati

3. Bersinonim dengan tidak berani: tidak sanggup, cabar hati, tawar hati, kecut hati, kimput, kia, keder,
Berantonim dengan berani

Kata Terbitan : takut-takut, menakuti, menakut-nakuti, mempertakuti, mempertakut-takuti, menakutkan, ketakutan, penakut,

Puisi
 

Saya takut kerbau di ladang,
     Yang muda garang sekali;
Saya takut jalan seorang,
     Badan muda langsung sekali.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Takut titik lalu tumpah.

Bermaksud :

Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai).

 

Lihat selanjutnya...(53)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fearfuladj 1. causing fear, menakutkan: a ~ storm, ribut yg menakutkan; 2. be afraid, takut: ~ of spiders, takut akan labah-labah; 3. timid, takut-takut: a ~ glance, pandangan yg takut-takut; 4. (colloq) awful, teruk: he’s got a ~ cold, dia mendapat selesema yg teruk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
afraidadj 1. frightened, takut: don’t be ~, jangan takut; 2. apprehensive, khuatir, bimbang, takut: she is ~ that she said the wrong thing, dia khuatir dia tersalah cakap; I’m ~ for his health, saya khuatir akan kesihatannya; 3. disinclined, averse, takut: don’t be ~ to ask for help, jangan takut meminta tolong; 4. filled with regret, concern, khuatir, [sometimes not translated]: you will miss the bus, I’m ~, saya khuatir kamu akan ketinggalan bas; I’m ~ he is not in, dia tdk ada di rumah; I’m ~g must go now, saya mesti pergi sekarang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frightenedadj takut, ketakutan: he rescued the ~ child from the pond, dia menyelamatkan budak yg ketakutan itu dr kolam tersebut; be ~ of st, takut akan sst: she is ~ of lightning, dia takut akan kilat; be ~ of doing st, takut + approp v: he’s ~ of losing his job, dia takut kehilangan kerja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fearlessadj tdk /mengenal takut, gentar/, berani: a ~ warrior, pahlawan yg tdk mengenal takut; ~ of st, tdk/ takut, gentar/ akan sst.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fearvt 1. be afraid of, takut akan: to ~ snakes, takut akan ular; 2. feel anxiety about, bimbang akan: to ~ the worst, bimbang akan perkara yg buruk; 3. (God) takut kpd: to ~ God, takut kpd Tuhan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frighten~ to; ~ so. to death, (act.) membuat sso betul-betul takut; (pass.) betul-betul takut: the explosion ~ed me to death, letupan itu membuat saya betul-betul takut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dreadn ketakutan, amat takut akan: we live in ~ of another world war, kita hidup dlm ketakutan kalau-kalau berlaku lagi perang dunia; his ~ of dogs is obssessive, ketakutannya thdp anjing menjadi satu obsesi; fill so. with ~, menyebabkan sso berasa amat takut; have a ~ of, a. (st) amat takut akan: she has a ~ of spiders, dia amat takut akan labah-labah; b. (doing st) berasa amat takut utk: since the accident, he has a ~ of driving at night, sejak kemalangan itu, dia berasa amat takut utk memandu pd waktu malam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frightn sudden fear, ketakutan, (rasa) takut: she trembled with ~, dia menggeletar ketakutan; /get, have/ a ~, (become suddenly frightened) berasa takut sekali; (be shocked) terkejut, terperanjat: she got a ~ when the child ran onto the road, dia berasa takut sekali apabila budak itu berlari ke jalan; I got a real ~ when the disconnected telephone suddenly started to ring, saya betul-betul terkejut apabila telefon yg telah diputuskan itu tiba-tiba mula berdering;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cowedadj takut: he had a ~ look, dia kelihatan takut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
henpeckedadj (colloq) takut bini: a ~ husband, suami yg takut bini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas