Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.nam] | تانم

Definisi : cucuk ~ perihal tanam-menanam (bertani); musim ~ musim menanam padi; bertanam 1. sedang bercucuk tanam, mem­buat pekerjaan pertanian: kehidupan mereka itu memukat dan ~ padi; 2. sl mengebumi­kan, menguburkan mayat: di bawah gereja itulah tempat orang Hollanda ~ orang mati; ~ cacar bersuntik; berkotek (berketuk) di luar sangkar, ~ di luar pagar prb sesudah perkara selesai barulah terdengar keterangan atau aduan; menanam 1. menaruh (mencucuk, menabur, dll) benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ben­dang ialah tempat ~ padi; 2. menaruh sesuatu dlm lubang dan dikambusi dgn tanah, menim­buni sesuatu yg di dlm lubang dgn tanah, menguburkan (mayat, bangkai, dll): ia me­nyum­­pah orang yg ~ barang letupan itu; maka baginda pun mangkatlah, maka di­tanam orang hampir masjid; 3. = me­na­nam­­­kan menyebarkan sesuatu ajaran (faha­m­an dll), membangkitkan dgn memupuk (semangat, perasaan, dll): di sana beliau telah mena­nam­kan semula benih-benih kebang­saan yg telah patah; 4. memasukkan wang (modal) dlm sesuatu perusahaan dll, memodali, melabur: ia telah ~ modal sebanyak RM600; 5. menegakkan (kekuasaan), memperluas (pengaruh, kepentingan): pihak Komunis sedang giat berusaha ~ pengaruh mereka di dunia sebelah sini; 6. memasukkan benih penyakit ke dlm badan (utk mencegah drpd dihinggapi penyakit), menyuntikkan, mem­biak­kan (benih penyakit dll); 7. mempunyai niat, berhajat (utk berbuat sesuatu), berniat: ~ niat utk naik haji; 8. mengangkat atau menempatkan (sbg wakil, pegawai, dll); 9. Pl, bp masuk ke dlm lumpur (ikan), mem­benamkan diri (dlm lumpur): puas aku men­cari ikan haruan tadi, sudah ~ agaknya; ~ budi berbuat kebajikan (kebaikan) kpd; ~ modal mengeluarkan modal utk sesuatu per­usahaan, melabur; ~ semula menanam pokok baru utk mengganti yg tua (getah); bagai­mana ditanam, begitulah dituai prb tiap-tiap kejahatan itu, kejahatan jugalah akan balas­annya; tanam-menanam perihal menanam tumbuh-tumbuhan dll; menanami menanam sesuatu di: di atas pulau itu ditanami pelbagai kayu-kayuan, buah-buahan dan bunga-bungaan; tertanam 1. sudah ditanam (ditanamkan), termasuk ke dlm, terbenam: baru ia bertum­pu hendak melompat maka ~ ke bumi hing­ga lehernya; 2. ki tersemat di hati: apabila ~nya iman dan terlaksananya usaha utk men­dirikan masyarakat...; tanaman 1. tumbuh-tumbuhan yg biasa di­tanam (spt ubi, keladi, dll), apa yg ditanam: sebahagian drpd hasil ~nya dijual; ~ kontan tanaman yg diusahakan dlm sesuatu kawasan tanam­an utk mendapatkan hasilnya semen­tara menantikan hasil tanaman kekalnya; ~ penutup (Bio) tumbuhan (lazimnya drpd jenis rumput rampai) yg ditanam utk menghalang berlakunya hakisan serta mengekalkan kelem­bapan dan kesuburan; 2. sesuatu yg tertanam, pendaman;tanam-tanaman berbagai-bagai jenis ta­nam­­an; petanaman tempat menanam tumbuh-tum­buhan; penanaman perihal menanam (menanam­kan): petani-petani dlm mukim tersebut ber­setuju memulakan ~ padi jenis baru itu; ~ modal perihal menanam modal, pelaburan; penanam orang yg menanam (menanam­kan); ~ padi pesawah; ~ modal orang yg mengeluarkan modal (wang dll) utk menjalan­kan perniagaan dll, pemodal, pelabur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nam] | تانم

Definisi : ; bertanam membuat kerja-kerja pertanian, spt bersawah, ber­kebun: Mereka membuat bermacam-macam pekerjaan spt memukat dan ~ padi. menanam 1 membubuh, menabur atau memasukkan benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ~ jagung. 2 menaruh sesuatu di dlm lubang dan mengambusnya dgn tanah: Mereka ~ peti itu di belakang rumah. 3 ki menyebarkan ajaran (fahaman dll); membangkitkan atau memupuk (semangat, perasaan dsb): Semangat tolong-menolong patut ditanam dlm jiwa seorang. ~ budi berbuat baik kpd (terhadap). ~ cacar memasukkan benih cacar ke dlm tubuh utk mencegah penyakit cacar. ~ modal memasukkan modal ke dlm sesuatu perusahaan. ~ semula menanam pokok yg baru utk menggantikan pokok yg lama (tua). tanam-menanam perbuatan atau hal bercucuk tanam. menanami menanam di: ~ ladang itu kelapa sawit. Ladang itu ditanami kelapa sawit. tanaman tumbuh-tumbuhan spt ubi, padi yg biasa ditanam; apa-apa jenis tumbuhan yg ditanam. ~ kontan tanaman yg ditanam terutamanya utk dijual. ~ selingan ist tanaman yg ditanam di ruang atau di celah-celah tanaman utama atau, tanaman yg ditanam semasa tanaman utama tidak ditanam. ~ tutup bumi tanaman yg ditanam (di antara tanaman utama dsb) utk menahan hakisan tanah dll. tanam-tanaman berbagai-bagai jenis tanaman. penanaman perbuatan atau hal menanam. penanam orang yg menanam: ~ padi orang yg kerjanya bertanam padi; pesawah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanam
Kata Terbitan : bertanam, menanam, tertanam, penanam,

Puisi
 

Tanam limau tanam kedondong,
     Tanam mari tepi pantai;
Harimau garang jangan dikepung,
     Buat rosak sahabat handai.


Lihat selanjutnya...(99)
Peribahasa

Tanam padi tumbuh lalang,
     ayam ditambat disambar elang.

Bermaksud :

Nasib yang malang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
conditionvt 1. determine, menentukan: environment ~s plant growth, persekitaran menentukan pertumbuhan tanam-tanaman; 2. (tech or derog) train, accustom (so., st) to behave in particular way, (act.) melazimkan; (pass.) terlazim, dilazimkan: father had ~ed us to believe that men are superior to women, bapa telah melazimkan kami supaya mempercayai bahawa kaum lelaki lebih tinggi darjatnya drpd kaum wanita; we are ~ed by the world we live in, kami terlazim oleh dunia yg kami diami; 3. put into a healthy, good state, [various translations]: all his dogs look well ~ed, kesemua anjingnya kelihatan sihat dan rapi; a new brand of shampoo that ~s and revitalizes the hair, jenama syampu yg baru yang merapikan dan menyegarkan semula rambut; to ~ leather, menyamak kulit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dwarfvt 1. stunt, membantutkan pertumbuhan: lack of moisture had ~ed the plants, kekurangan lembapan telah membantutkan pertumbuhan tanam-tanaman itu; 2. cause to appear small(er), (act.) menyebabkan [sso, sst] kelihatan kecil; (pass.) kelihatan kecil: the house was ~ed by the surrounding apartment blocks, rumah itu kelihatan kecil disebabkan blok-blok pangsapuri yg di sekelilingnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
destroyvt 1. tear down, ruin completely, memusnahkan, membinasakan: the enemy had completely ~ed the town, pihak musuh telah memusnahkan bandar itu; crops ~ed by elephants, tanam-tanaman yg dimusnahkan oleh gajah; to ~ a piece of evidence, memusnahkan keterangan; 2. put an end to, shatter, a. (gen), (act.) memusnahkan; (pass.) musnah: drugs ~ed her life, dadah memusnahkan hidupnya; the syndicate tried to ~ him but he managed to outwit them, sindiket itu mencuba memusnahkannya, tetapi dia dapat memperdayakan mereka; b. (hope), (act.) memusnahkan, menghancurkan; (pass.) musnah, hancur; c. (marriage, friendship), (act.) menghancurkan; (pass.) hancur; 3. kill (esp sick animal) membunuh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
do2. cause to happen, buat, melakukan; (of non-living things) terjadi: what has he ~ne to you? apakah yg telah dilakukannya thdp kamu?; look what the storm had ~ne to the crops!, lihat apa yg terjadi pd tanam-tanaman akibat ribut itu!; 3. (used with “ing” form of verb) meN + base (+ approp n): he’ll ~ the cooking, dia yg akan memasak; who’ll ~ the washing up?, siapakah yg akan mencuci pinggan mangkuk?; 4. produce, make, [various translations]: to ~ a biography of the President, menulis biografi Presiden itu; to ~ a translation of the text, membuat terjemahan teks itu or menterjemahkan teks itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heavilyadv 1. weightily [various translations]: she leaned ~ on me, dia terlalu bersandar pd saya; he fell ~ on the floor, dia jatuh berdebup ke lantai; 2. sluggishly, dully, dgn /lembap, lambat/; 3. in a great amount, a. (ref to rain, snow) dgn lebat; b. (ref to expense, loss) banyak, dgn banyaknya: he lost ~ at the gambling table, dia rugi dgn banyak di meja judi; c. (ref to smoking, drinking, etc) kuat: those who smoke ~, orang-orang yg kuat merokok; 4. severely, dgn teruk; (fined) dgn berat: the crops were ~ damaged, tanam-tanaman rosak dgn teruk; ~ fined, didenda dgn berat; 5. intensely, amat, sangat: anxiety weighs ~ on me, rasa bimbang sangat menekan perasaan saya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas