Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ki.lat] | ترکيلت

Definisi : kelihatan seketika sahaja, terbayang sejurus (dlm ingatan dll): ia mengingat-ingatkan rupa perempuan muda yg ~ tadi; dlm kenangannya, ~ gambaran yg mengharukan; ~ dlm hati terlintas dlm hati; ~ pd mukanya kelihatan terbayang pd mukanya; ikan ~ jala tiba prb sangat cepat bertindak (mengerti maksud kata-kata orang); ~ ikan di air, sudah tahu jantan betinanya prb sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terkilat

Peribahasa

Ikan terkilat (= terkilap) jala tiba.

Bermaksud :

Sangat cepat menangkap maksud perkataan orang: tindakan yang cepat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
flash3. appear suddenly, muncul: one by one, the pictures of the suspects ~ed onto the screen, satu demi satu, gambar orang-orang yg disyaki muncul di skrin; 4. come rapidly (into the mind) terlintas, terkilat: the thought ~ ed through his mind, fikiran itu terlintas di kepalanya; the moving scenes at the airport ~ed once again across his mind, adegan-adegan yg mengharukan di lapangan terbang sekali lagi terkilat di fikirannya; 5. (colloq) expose the genitals, /menunjukkan, memperlihatkan/ kemaluan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flitvi 1. a. fly quickly, terbang: a butterfly ~ted past her, seekor kupu-kupu terbang melewatinya; b. move swiftly, bergerak pantas; (of clouds) berarak cepat: the waiters ~ted from table to table, pelayan-pelayan itu bergerak pantas dr meja ke meja; clouds ~ting across the sky, awan berarak cepat di langit; 2. pass quickly, fleet, terkilat, terlintas, terkilas; (of facial expression) terkilat, terbayang: memories of Stratford ~ted through her mind, kenangan di Stratford terlintas di fikirannya; a bitter smile ~ted across her face, senyum pahit terkilat di wajahnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas