Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ma.kan] | ترماکن

Definisi : 1. sudah dimakan (dlm erti kiasan dll): besi itu habis ~ karat; 2. makan dgn tidak sengaja: Ali dirawat di rumah sakit sebab ~ racun; dia ~ a) dia kena racun; b) dia kena guna-guna; 3. ki dapat diterima (akal dll), terpengaruh; perkataan itu ~ olehnya perkataan itu dapat diterimanya; 4. dapat dimakan: ikan yg didapatinya itu terlalu banyak hingga tidak ~ lagi; ~ budi menerima pertolongan (kebaikan dll) drpd orang lain, kebudian; ~ bulan terlewat waktu (tempoh) yg ditetapkan; ~ dlm hati meresap dlm hati; ~ janji tidak menepati janji; ~ oleh akal masuk akal, boleh diterima oleh fikiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ma.kan] | ترماکن

Definisi : 1 dpt dimakan; habis dimakan: Padinya banyak sehingga tidak ~ oleh keluarganya. 2 memakan sesuatu dgn tidak sengaja: ~ racun. 3 ki dpt diterima akal: Kata-katanya itu ~ juga oleh para hadirin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata termakan

Puisi
 

Kelapa menjadi santan,
     Asal santan menjadi minyak;
Jika ada buah termakan,
     Burung liar menjadi jinak.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Termakan (di)cirit berendang.

Bermaksud :

Di bawah kuasa isteri. cirit = ampas.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
cut~ no ice, (colloq) tak termakan, tak ada kesan: his clever talk ~ no ice with her, kepetahannya bercakap tdk termakan oleh gadis itu; ~ o’s teeth on st, (fig.) mencari pengalaman dlm sst; ~ slits in, mengelar; ~ so. dead, buat tdk kenal pd sso; ~ so. to the /heart, quick/, melukakan /hati,perasaan/ sso; ~ so. short, memotong cakap sso: I tried to explain it to him but he ~ me short, saya mencuba menerangkan hal itu kepadanya tetapi dia memotong cakap saya; ~ st short, i. (of so.) memendekkan, menyingkatkan: the prime minister ~ short his holiday on learning of the attempted coup, perdana menteri itu terpaksa memendekkan cutinya selepas mengetahui ttg percubaan rampasan kuasa tersebut; ii. (of st), (act.) menyebabkan sst terhenti; (pass.) terhenti: a career ~ short by illness, kerjaya yg terhenti disebabkan penyakit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eatvt (me)makan; (unintentionally) termakan: to ~ a bowl of rice, memakan semangkuk nasi; she doesn’t ~ mutton, dia tdk makan daging kambing; the moths have ~en holes in his coat, kotnya berlubang-lubang dimakan rama-rama; ugh! I’ve ~en a maggot!, yek! Saya termakan ulat!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bitevi 1. seize or attack with the teeth, sting, etc, menggigit; (of snake) mematuk, menggigit: the monkey looks fierce but doesn’t ~, monyet itu nampak garang tetapi tdk menggigit; 2. take bait, makan umpan: the fish aren’t biting today, ikan tdk makan umpan hari ini; 3. be taken in by a ploy, termakan (umpan): he knew it was a mistake but he bit just the same, dia tahu itu suatu kesilapan tetapi dia termakan umpan juga; 4. take firm hold of, grip, mencengkam: the car wheels would not ~ on the icy road, roda kereta itu tdk mencengkam di jalan yg berselaput ais; 5. cause to smart, a. (of words etc) menusuk hati: his words bit deeply into me, kata-katanya sangat menusuk hatiku; b. (of food, drink), [various translations]: the mustard really ~s, sos biji sawi itu benar-benar terasa pedar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas