Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ro.pong] | تروڤوڠ

Definisi : 1. tabung kecil drpd buluh dll, buluh, pembuluh, torak; ~ api sekerat buluh utk me-niup api, salung api; 2. alat utk melihat benda yg jauh-jauh atau benda yg halus-halus, keker; ~ asap pembuluh tempat asap keluar, corong asap; ~ bintang alat utk melihat bintang, teleskop; ~ corong = ~ hendap = ~ intip alat utk melihat sesuatu yg di atas air (dr kapal selam dll), periskop; ~ halus = ~ hama = ~ kuman = ~ tuma alat utk melihat benda-benda halus, mikroskop; ~ hati ki mata; ~ jauh alat utk melihat benda-benda yg jauh, teleskop; meneropong, meneropongi 1. melihat dgn teropong; 2. ki menyelidiki, memeriksai, meneliti: kita telah ~ apa yg telah terjadi pd bidang agama, politik dan ekonomi; peneropongan perbuatan meneropong; peneropong orang yg meneropong. terowong = terowongan gua yg dibina me-nembusi tanah atau bukit dll (utk dijadikan jalan keretapi dll), tembusan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ro.pong] | تروڤوڠ

Definisi : alat berkanta yg digunakan utk melihat benda yg halus-halus atau benda yg jauh-jauh. ~ bintang teropong utk melihat bintang. ~ corong (hendap, intip) teropong spt yg digunakan dlm kapal selam utk melihat sesuatu di permukaan laut; periskop. ~ halus (hama, kuman) teropong utk melihat benda-benda yg halus, spt kuman. ~ jauh teropong utk melihat benda-benda yg jauh; teleskop. meneropong melihat dgn menggunakan teropong: ~ bulan. peneropong orang yg mene­ropong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teropong (kata nama)
Bersinonim dengan teleskop, periskop, binokular, mikroskop, keker, semperung;,
Kata Terbitan : meneropong, meneropongi,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
spyglass n teropong kecil.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
binocularsn teropong, binokular.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
opera-glassesn teropong operaKamus Inggeris-Melayu Dewan
night-glassn teropong malam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
field-glassesn teropong jauh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glassesn 1. spectacles, /cermin, kaca/ mata; 2. binoculars, teropong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
approachingadj 1. coming nearer (in space), /menghampiri, mendekati, merapati/ + approp n; (of sound) kedengaran semakin dekat: the captain watched the ~ ship through his binoculars, nakhoda itu memperhatikan kapal yg menghampirinya dgn teropong; the townsfolk were warned of a rapidly ~ tornado, penduduk bandar itu diberikan amaran ttg puting beliung yg menghampiri bandar itu dgn begitu laju; ~ footsteps, bunyi tapak kaki yg kedengaran semakin dekat; 2. coming nearer (in time) hampir tiba: the regiment will take part in the ~ campaign, pasukan itu akan mengambil bahagian dlm kempen yg hampir tiba itu; his ~ death, saat-saat kematiannya yg hampir tiba.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
directvt 1. (fml) address, mengalamatkan; 2. send (letter, parcel, etc) menghantar, mengirim: please ~ my mail to the office, tolong hantar surat-surat saya ke pejabat; 3. point out the way, menunjukkan jalan kpd: he must ~ us to the airport, dia mesti menunjukkan jalan ke lapangan terbang kpd kita; 4. cause to turn, menghalakan, mengarahkan: the telescope was ~ed towards a certain point, teropong itu dihalakan ke suatu tempat yg tertentu; they were requested to ~ their attention to more pressing issues, mereka diminta mengarahkan perhatian pd isu-isu yg lebih mendesak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas