Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tim.bul] | تيمبول

Definisi : 1. naik dr dlm air (lumpur dll) hingga tampak pd permukaannya: ikan itu ~ ke permukaan air dr semasa ke semasa utk menyedut udara; 2. terapung-apung pd per­mukaan air, tidak tenggelam: untung sabut ~, untung batu tenggelam; batu ~ sj batu yg ringan dan terapung-apung pd permukaan air; beras ~ kulit (kelongsong) padi yg terapung di air; 3. terkeluar (tersembul) sedikit dr per­mukaan yg rata; gambar ~ gambar (lukisan dll) yg tersembul pd latar belakangnya (ukiran pd batu dll); huruf ~ huruf yg menyembul pd permukaan kertas dll; peta ~ peta yg bahagian-bahagiannya menyembul utk meng­gambarkan keadaan yg sebenar; 4. ki muncul, keluar, kelihatan: kuman-kuman ini menye­babkan ~ bengkak-bengkak pd tubuh; hilang-hilang ~ seketika kelihatan seketika tidak; 5. terlintas di hati, berbangkit, datang: dlm hatinya ~ keinginan utk berumah tangga; 6. berlaku, terjadi: pendirian yg berlainan ini menyebabkan kerap ~ per­balahan antara mereka; 7. terbit (bulan, matahari); bulan ~ a) bulan terbit; b) bulan baru (perhitungan kalendar); ~ tenggelam = tenggelam ~ a) seketika tim­bul seketika tenggelam (spt benda yg di­umbang-ambingkan ombak); b) ki terkadang-kadang tidak, hilang timbul (bkn seseorang, sesuatu kegiatan, dll), ada kalanya beruntung (berjaya dll) dan ada kalanya malang (kecewa dll); c) ki selalu berhutang; d) ki terlalu sibuk (dlm pekerjaan); bertimbulan timbul merata-rata, banyak yg timbul: remis pun penuh di tepi pasir itu, ~ sendirinya, maka sebentar dipungut boleh dapat bergantang-gantang; otot-otot ~ di sana sini; menimbulkan 1. menyebabkan timbul (naik ke permukaan air dll): orang-orang di dlm kapal selam dapat melihat keadaan di atas muka laut dgn tidak payah ~ kapal itu; 2. ki mengemukakan (utk diperbincangkan dll), membangkitkan (perkara, persoalan, dll): beberapa perkara telah ditimbulkan dlm mesyuarat agung kesatuan tersebut; 3. ki menerbitkan (membangkitkan) sesuatu pe-rasaan (spt benci, cemburu, gembira, dll): sifat­nya yg kasar ~ rasa benci orang ter­hadap­nya; 4. ki menyebabkan berlaku (ter­dapat) sesuatu kejadian (keadaan, perkara, dll), mengakibatkan, mendatangkan (meng­adakan, menjadikan, dll); ~ perang dunia menyebabkan berlakunya perang dunia; ~ keru­mit­an menyebabkan terdapatnya kerumit­­­an; ~ kesan buruk mendatangkan (meng­akibatkan) kesan buruk; 5. Mn menutup kerugian, mencukupi (kekurangan, perbelan­jaan, dll), memperbaiki kesalahan (kecuaian dll): keuntungan ini digunakan utk ~ kerugian dahulu; timbulan (S.Bina) bentuk ukiran yg lebih tinggi drpd permukaan satah sesebuah karya; penimbulan perihal (perbuatan dsb) menim­bulkan: cerita akan terus digerakkan utk memasuki peringkat ~ krisis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.bul] | تيمبول

Definisi : penimbul = ~ raksa = apung ~ jampi dll utk menjadikan orang kebal; ilmu ~ ilmu yg mengebalkan orang (dgn meng­gosokkan raksa pd badan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.bul] | تيمبول

Definisi : 1 keluar atau naik ke atas dr dlm air, lumpur dll: Setelah menyelam beberapa ketika, dia ~ kembali. 2 terapung-apung di atas air dll; tidak tenggelam: Sabut ~ kalau dicampakkan ke dlm air. 3 terbit (ttg bulan, matahari dll). 4 menyembul sedikit dr permukaan yg rata: huruf ~ huruf yg menyembul pd permukaan kertas dll. 5 ki terbit atau terlintas dlm hati: Maka ~lah keinginan dlm hatinya hendak pergi berdagang. 6 ki berlaku; terjadi: Maka ~lah perselisihan yg hebat antara kedua-dua sahabat itu. ~ tenggelam a. sebentar timbul sebentar tenggelam (spt sabut yg diumbang-ambingkan oleh ombak). b. ki kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. menimbulkan 1 menyebabkan naik ke atas dr dlm air dll: Setelah jauh dr kapal pembinasa musuh, barulah mereka ~ kapal selam mereka. 2 ki membangkitkan sesuatu perasaan (spt rasa benci, rasa cemburu); menerbitkan: Sifatnya yg angkuh itu ~ ra­sa benci orang terhadapnya. 3 ki menye­babkan berlakunya sesuatu peperangan, pergaduhan dll; mengakibatkan; men­datangkan: Kejadian-kejadian itu dpt ~ perang saudara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
timbul (kata kerja)
1. Bersinonim dengan naik: terapung, melampung, tidak tenggelam,
Berantonim dengan tengelam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan muncul keluar, kelihatan, tampak, terbit,
Berantonim dengan lenyap

3. Bersinonim dengan berlaku: terjadi, tercetus,

Kata Terbitan : menimbulkan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Dapat harta timbul.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat kijang teruit, d. Dapat tebu rebah).

 

Lihat selanjutnya...(29)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
embossvt mencetak timbul; (by carving) mengukir timbul:this notepaper is ~ed with the family crest, kertas surat ini dicetak timbul dgn lambang keluarga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
embossmentn 1. process of embossing, pencetakan timbul; (by carving) pengukiran timbul; 2. embossed work, /cetakan, ukiran/ timbul.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arise~ /from, out of/, timbul /akibat, drpd/: questions arising from the minutes, persoalan-persoalan yg timbul drpd minit mesyuarat itu; the many diseases that ~ from bad sanitation, penyakit-penyakit yg timbul drpd keadaan tdk bersih.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bob1~ up, (colloq) a. float quickly to the surface, timbul; b. reappear suddenly, /timbul, muncul/ /semula, kembali/: he ~s up in the most unlikely places, dia timbul semula di tempat-tempat yg tdk diduga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arisevi 1. come into being or notice, timbul; (of person) muncul; (of mist) muncul: should the occasion ~ again..., sekiranya perkara itu timbul lagi ...; new problems arose as the work progressed, masalah baharu timbul semasa kerja itu berjalan; many false prophets shall ~, beberapa banyak nabi palsu akan muncul; 2. get or stand up, see RISE (sense 1.); 3. ascend see RISE (sense 8.); 4. rise (esp from the dead) see RISE (sense 21);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crop~ up, a. see ~ out; b. arise, timbul: the question has only just ~ped up, perkara itu baru saja timbul.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
come~ up, a. come upstairs, naik; b. come to or above surface of water, timbul: to ~ up for air, timbul utk menyedut udara; c. rise (of sun) terbit; d. grow, tumbuh: the sunflowers I sowed last week have not ~ up yet, biji benih bunga matahari yg saya semai minggu lalu belum tumbuh lagi; e. happen, [no specif translation]; (when subj is not specified) berlaku, terjadi: to wait for an opportunity to ~ up, menunggu peluang; should a vacancy ~ up within the next few weeks..., sekiranya ada kekosongan dlm dua tiga minggu ini...; you look worried. Has anything ~ up?, kamu kelihatan risau. Ada apa-apa yg terjadi?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bob1n 1. short down-and-up movement, tenggelam timbul: I watched the ~ of his head as he swam, saya melihat kepalanya tenggelam timbul semasa dia berenang; 2. quick curtsy or bow, merendahkan diri sececah; give a ~, merendahkan diri sececah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
floatvi 1. a. rest on water, mengapung, timbul; (of person) mengapung; (ref to state) terapung; (with bobbing motion) terapung-apung: cork ~s in water, gabus timbul dlm air; he can ~ for hours, dia boleh mengapung berjam-jam lamanya; the leaves of the water-lilies ~ ing on the pond give protection to insects and fish, daun-daun teratai yg terapung di kolam itu memberikan perlindungan pd serangga dan ikan; the body was found ~ing in the harbour, mayat itu dijumpai terapung-apung di pelabuhan; b. rest in air, mengapung: a cloud of dust ~ed in the air, kepulan habuk mengapung di udara;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
emergevi 1. come up out of a liquid, timbul; 2. come into view, muncul; (of a group of things together) bermunculan: a ship ~d from the fog, sebuah kapal muncul dr kabut itu; night fell and the stars ~d, malam menjelang dan bintang-bintang pun bermunculan; 3. come out, membebaskan diri: he ~d from the ordeal with dignity, dia dapat membebaskan diri drpd cubaan berat itu tanpa menjejaskan maruahnya;4. become known, timbul, muncul, keluar, terbit: after much enquiry, the terrible facts ~d, selepas penyiasatan yg rapi, muncullah fakta-fakta yg mengerikan itu;several interesting facts ~d in the course of our research, beberapa fakta yg menarik timbul semasa kami menjalankan penyelidikan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas