Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tin.ju] | تينجو

Definisi : 1. genggaman tangan (spt hendak me­numbuk), penumbuk: kalau kau menghina aku, ~ku akan segera tiba di hidungmu; adu ~ Id = bermain ~ = peraduan (perlawanan) ~ perlawanan tumbuk-menumbuk; ahli (jago) ~ ahli dlm perlawanan tinju; 2. pukulan (tumbukan) dgn genggaman tangan: kepalanya benjol-benjol kena ~ beberapa orang yg menyerangnya; bertinju bertumbuk; meninju memukul dgn tinju, menumbuk: setelah tertangkap ia ditinju, ditendang-tendang, dimaki-maki lalu diseret ke balai polis; meninjukan; ~ tangan menggenggam (mengepal) tangan; pertinjuan perihal bertinju; peninju 1. tinju, penumbuk: ~nya diangkat ke atas tinggi-tinggi; 2. orang yg meninju; petinju orang yg berlawan tinju, ahli tinju: ia bangga benar spt ~ yg menang di gelang­gang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin.ju] | تينجو

Definisi : 1 genggaman tangan (utk me­numbuk). 2 pukulan dgn tangan yg digenggamkan. bertinju bertumbuk. meninju memukul dgn tinju; me­numbuk: Bapanya ~ penyamun itu hingga pengsan. pertinjuan perbuatan atau hal bertinju; perkelahian bertinju. peninjuan perbuatan atau hal me­ninju. peninju 1 orang yg meninju. 2 genggaman tangan utk meninju; tinju. petinju orang yg berlawan tinju; ahli tinju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinju
Kata Terbitan : peninju, bertinju, meninju, petinju,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
boxingn 1. act of fighting with fists, bertinju; 2. (sport, profession) pertinjuan; 3. (as modifier) tinju: a ~ match, perlawanan tinju.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boxing ringn gelanggang tinju.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boxing gloven sarung tangan tinju.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
box2vi berlawan tinju, bertinju: he used to ~ for the school, dia pernah bertinju utk sekolah itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boxern one who boxes, petinju, ahli tinju.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
box2n punch, tumbukan, tinju; give so. a ~, /menumbuk, meninju/ sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
infightingn 1. (in boxing) tinju rapat; 2. intense competition, usu bitter, within a group, persaingan (sesama sendiri).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boutn 1. contest or match, perlawanan: a boxing ~, perlawanan tinju; 2. period of an activity, keasyikan: ~s of hard work, keasyikan bekerja keras; /be on, have/ a drinking ~, keasyikan meminum minuman keras; 3. fit (of illness, temper) serangan: a ~ of fever, serangan demam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hanger-onn konco: the boxing champion came with his coach and his hangers-on, juara tinju itu datang bersama-sama jurulatihnya dan konco-konconya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crown4. any representation of a crown, (lambang) mahkota; 5. bird’s crest, jambul; 6. championship title, kejuaraan, kejohanan: the heavyweight boxing ~, kejuaraan tinju heavyweight; 7. (coin) crown; 8. top part, a. (of hill, mountain) puncak, mercu, b. (of head) mercu kepala; c. (of tree) silara; 9. (of tooth) korona; 10. the highest point of achievement, puncak: the ~ of o’s labours, puncak usaha sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas