Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.puan] | تومڤوان

Definisi : 1. sesuatu yg dijadikan tempat utk menumpukan kaki dll (ketika hendak melompat dll), tempat bertumpu; 2. bantuan, sokongan, tunjangan: dia tahu bahawa dia menjadi ~ harapan ibunya; 3. pusat atau pangkalan (utk menyerang dll), tempat mengumpulkan kekuatan dll: Danang, 650 km dr sini, menjadi pusat ~ tentera Amerika; 4. bahagian bawah tempat tidur (tempat kakinya): maka Jekin itu dibangunkan oleh Seri Rama, maka ia pun terkejut lalu dilihatnya berdiri di ~nya; 5. orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu, berharap, dll): beliau sudah barang tentu akan menjadi tempat ~ apabila pulang ke kampung; 6. sesuatu yg menjadi sasaran (tujuan dll), sesuatu yg ditujui: jurutaip yg bernama Henry itulah jadi ~ kami berjenaka; kampung itu terletak tidak berapa jauh dr tempat ~ saudagar-saudagar dr Melaka; 7. tempat bertemunya atau bertembungnya jalan raya (sungai dll): Johor Bahru ialah pusat pentadbiran negeri Johor dan tempat ~ semua jalan raya dan jalan kereta api dr Tanah Melayu ke Singapura; 8. pusat tempat bertumpunya pancaran cahaya (setelah mela­lui sesuatu kanta): tempat semua pancaran itu bertumpu dinamakan ~ kanta itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.puan] | تومڤوان

Definisi : 1 sesuatu yg digunakan utk bertumpu ketika hendak melompat dll. 2 orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu dll): Beliaulah yg menjadi ~ orang-orang kampung. 3 pusat tempat ber­tumpu atau tempat berkumpul; pusat atau pangkalan utk menyerang dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpu
Kata Terbitan : bertumpu, menumpukan, tumpuan, penumpuan, penumpu,

Peribahasa

Pusat jala pumpunan ikan.

Bermaksud :

Menjadi tempat tumpuan atau menjadi pusat berbagai-bagai hal. pumpunan = tempat berkumpul.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
focal pointn 1. titik fokus; 2. (fig.) tumpuan utama; (of place, object), (tempat) tumpuan: the ~ of the new project is the provision of jobs for unemployed graduates, tumpuan utama projek ini adalah menyediakan kerja utk siswazah-siswazah menganggur; the TV set is the ~ of the sitting room, peti telivisyen itu menjadi tumpuan bilik tamu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cynosuren tumpuan: the beautiful actress was the ~ of all eyes, seniwati yg jelita itu menjadi tumpuan mata semua orang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
focaladj 1. fokus; 2. (fig.) tumpuan: ~ person, orang tumpuan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
centreshopping ~, pusat membeli-belah; commercial ~, pusat perdagangan; distribution ~, pusat edaran; research ~, pusat penyelidikan; 4. focus, tumpuan: her son was the ~ of all her hopes, anak lelakinya merupakan tumpuan segala harapannya; ~ of attraction, tumpuan perhatian; 5. (mil) pasukan tengah; 6. (polit) golongan tengah; 7. (in games) penyerang tengah; ~ fielder, pemadang tengah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
focusn 1. (tech) fokus: paraxial ~, fokus parapaksi; 2. device on camera, fokus; 3. centre (of activity, interest, attention) tumpuan: he does not like being the ~ of attention, dia tdk suka menjadi tumpuan perhatian; the plans to build a new highway through the centre of town soon became the ~ of protracted public discussion, rancangan utk membina lebuh raya baru melalui pusat bandar tdk lama kemudian menjadi tumpuan perbincangan umum yg berpanjangan; there’s too much ~ on money in this society, terlalu banyak tumpuan yg diberikan pd wang dlm masyarakat ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hauntn 1. place frequently visited, tempat yg selalu /dikunjungi, didatangi/, tempat tumpuan; (by children) tempat bermain: this hotel is a sailors’ ~, hotel ini ialah tempat yg selalu dikunjungi oleh kelasi; the children’s favourite ~, tempat bermain yg paling digemari oleh kanak-kanak itu; 2. habitat, feeding-place of animal, tempat tumpuan: the tiger’s ~, tempat tumpuan harimau itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
concentrativeadj tumpuan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beach-headn tumpuan pantai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
concentration campn kem tumpuan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
concentrationn 1. act of focussing, penumpuan: power of ~, daya penumpuan; the ~ of industrial development around the capital city, penumpuan pembangunan perindustrian di sekitar ibu negeri itu; 2. accumulation, tumpuan: the increasing ~ of power in the politburo, tumpuan kuasa yg semakin bertambah pd politburo; 3. focussing of mental activities, daya penumpuan: memorising o’s lines requires great ~, menghafaz skrip memerlukan daya penumpuan yg tinggi; 4. (tech) kepekatan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas