Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.dang] | اودڠ

Definisi : sj binatang yg hidup di air (berkulit keras, berkaki sepuluh, dan berekor); jenis-jenisnya: ~ galah, ~ geragau, ~ kara, ~ karang, ~ kertas, ~ laut, ~ laut lebar, ~ lubuk, ~ siar, dll; ~ kering udang yg dikeringkan; bongkok ~ melengkung badannya spt udang; kepala ~ ki bodoh benar; keropok ~ keropok yg dibuat drpd udang; pulut ~ sj makanan drpd pulut yg berintikan udang yg bercampur dgn kelapa yg diparut; ~ hendak mengata(i) ikan prb kesalahan orang lain tampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari; ~ merentak dlm tangguk prb orang yg tidak tetap laku dan kedudukannya; ~ tak tahu dibongkoknya prb orang yg tidak insaf dgn kekurangan diri sendiri; bagai ~ dlm tangguk prb a) menggeletek-geletek kerana kesukaan; b) dlm kesukaran; bagai ~ tahi di kepala prb banyak hutangnya; banyak ~ banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya prb kegemaran (kemahuan, fikiran, dll) tiap-tiap orang itu tidak sama; berudang ada udang, terdapat udang; ~ di balik batu prb ada sesuatu yg tersembunyi drpd yg dilahirkan dgn mulut atau dgn perbuatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.dang] | اودڠ

Definisi : ; burung ~ sj burung, Totanus spp.; burung raja ~ sj burung a) Alcedo atthis bengalensis; b) Alcedo meninting verrauxii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.dang] | اودڠ

Definisi : berbagai-bagai jenis binatang (berkulit keras, berkaki sepuluh dan berekor) yg hidup di air dan boleh dimakan. ~ galah Palaemon longirostris. ~ geragau (pepai, kepai) Mysis spp.. ~ kering udang yg dikeringkan, Paenaeus momdon. ~ laut Palinurus homarus. ~ lubuk Thenus orientalis. ~ sungai Palaemon sondaicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata udang

Puisi
 

Anak udang,
     udang juga,
Tidak sama anak tenggiri;
     Anak orang orang juga,
Tidak sama anak sendiri.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Udang hendak mengatai ikan.

Bermaksud :

Tak insaf akan kekurangan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
crayfishn udang krai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
king prawnn udang putih.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boneheadn otak udang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bone-headedadj berotak udang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bird-brainn (colloq) otak udang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kingfishern burung pekaka, burung raja udang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dullardn (old-fashioned) otak udang, otak ayam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dipvt 1. immerse temporarily, mencelupkan: ~ the prawns in batter before frying, celupkan udang dlm tepung sadur sebelum menggorengnya; 2. dye, mencelup: to ~ a garment, mencelup sehelai baju; 3. lower to reduce brightness, merendahkan: she ~ped the headlights as they approached the house, dia merendahkan lampu puncak apabila mereka menghampiri rumah itu 4. put (hand) into, menyelukkan: he ~ped his hands into his pocket, dia menyelukkan tangannya ke dlm saku;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dead~ and gone, sudah /tdk ada lagi, meninggal dunia/; ~ from the neck up, (colloq) otak /udang, ayam, telur/; ~ white, (of countenance) pucat /lesi, pasi/, pucat spt mayat; a ~ loss, (colloq) a. a complete loss, kerugian (yg) besar; b. a worthless person, (orang yg) tdk berguna langsung; a ~ shot, a. (of person) penembak yg handal; b. (of shot) tembakan yg tepat; /almost, nearly/ ~, (colloq ), (with cold, hunger, etc), (sejuk, lapar, dsb) bagai nak mati: he was almost ~ with hunger, dia lapar bagai nak mati; be ~ on time, sampai tepat pd waktunya; (be) ~ to, tdk /kenal, mengenal/: his heart was ~ to pity, dia tdk kenal belas kasihan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dumbbell1. short bar with weights, dumbel; 2. (US), (sl) stupid person, otak udang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas