[un.tut] | اونتوت
Definisi : 1. penyakit bengkak pd kaki (kerana kurang makan, menderita penyakit beriberi, dll); 2. (Ubat) penyakit yg menyebabkan anggota badan, terutamanya kaki, membengkak dan kulit menjadi tebal akibat jangkitan cacing filaria, sakit gajah, elefantiasis; harapkan si ~ menggamit, kain koyak diupahkan prb percaya kpd orang yg malas; kaki ~ dipakaikan gelang prb maksud hendak memperelok tetapi menjadi bertambah buruk; lain yg bengkak, maka yg bernanah lain, yg ~ lain, yg mengisut lain prb lain yg bersalah, lain yg kena hukum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[un.tut] | اونتوت
Definisi : 1 penyakit bengkak pd kaki kerana kurang memakan makanan berzat. 2 penyakit bengkak kaki kerana sj kuman; sakit gajah, Elephantiasis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)