Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.paya] | اوڤاي

Definisi : usaha utk mencapai sesuatu tujuan, daya usaha, akal, ikhtiar: kalaulah segala apa yg diberikannya selama ini masih belum dapat menjamin kecintaannya, maka habislah ~; seupaya-upaya, seupaya-upayanya setakat mana yg terdaya, seboleh-bolehnya, sedapat-dapatnya; berupaya 1. berusaha dgn sekuat tenaga, berdaya upaya; 2. berkebolehan, berke-mampuan, mampu, dapat, sanggup: menteri yg berkenaan sama sekali tidak ~ mencegah kenaikan harga barang keperluan sehari-hari; mengupayakan 1. mencari jalan (agar), mengikhtiarkan, mengusahakan; 2. mengambil tindakan (supaya); 3. menjadikan berupaya (mampu, boleh, dapat dsb) mencapai sesuatu, membolehkan: penerbitan senarai istilah, buku istilah dan glosari sesungguhnya telah ~ bahasa Melayu menjadi sbg wahana bagi semua bidang ilmu pengetahuan, khususnya sains dan teknologi; strukur organisasi yg ada kini hanya ~ pelaksanaan peranan secara reaktif; terupaya sanggup, mampu; tidak ~ tidak sanggup (mampu); keupayaan kesanggupan (kebolehan) utk mencapai atau melakukan sesuatu, kemampu-an: kanak-kanak mempunyai perangai, ke­cenderungan, dan ~ yg berbeza; bahasa itu sendiri perlulah mempunyai ~ utk menjadi sebuah bahasa moden; berkeupayaan mempunyai keupayaan: satu variasi yg lengkap dan sempurna, ~ memperkatakan semua gejala dlm masyarakat kita; ketidakupayaan perihal (sifat dsb) tidak berupaya, perihal tidak ada keupayaan: ~ penulis utk menjadi tokoh atau pemimpin politik; pengupayaan perihal (perbuatan, tindakan, usaha dsb) menjadikan berupaya (berke-mampuan, berkebolehan dsb) utk mencapai sesuatu: sistem yg lebih menekankan proses ~ ini telah menjadi teras kpd pembinaan keusahawanan; isu yg lebih penting ialah ~ golongan miskin ini utk mempunyai pen-dapatan yg lebih tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.paya] | اوڤاي

Definisi : usaha utk mencapai sesuatu maksud; ikhtiar: tidak ada ~ tidak ada usaha atau ikhtiar. berupaya 1 berkebolehan atau mampu membuat sesuatu: Ia tidak ~ lagi memperdamaikan mereka. 2 berusaha dgn sekuat tenaga. mengupayakan 1 mencari jalan utk mengusahakan sesuatu; mengikhtiarkan. 2 menjadikan mampu atau dpt mencapai sesuatu; membolehkan: Usaha yg dijalankan itu ~ syarikat mencapai sasaran yg ditetapkan. keupayaan kesanggupan atau kemampuan utk melakukan sesuatu. pengupayaan perihal atau perbuatan mengupayakan. seupaya-upayanya setakat yg terdaya; sedapat-dapatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
upaya (kata nama)
Bersinonim dengan usaha, daya, daya usaha, akal, ikhtiar, kekuatan, kebolehan;,
Kata Terbitan : seupaya-upayanya, berupaya, terupaya, keupayaan, berkeupayaan,

Puisi
 

Pohon betik pohon petola,
     Dipanggil jua pohon papaya;
Adik cantik abang gila,
     Adik tak mahu apa upaya.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tak beras antah dikisik.

Bermaksud :

Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). dikisik = ditumbuk perlahan-lahan.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
disabledadj incapacitated, kehilangan upaya: ~ soldiers, anggota-anggota tentera yg kehilangan upaya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
all outadv sedaya-upaya: they went ~ to get the contract, mereka berusaha sedaya-upaya utk mendapatkan kontrak itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disabilityn 1. incapacity, kehilangan upaya, ketakdayaan: a ~ to move his leg muscles, kehilangan upaya utk menggerakkan otot-otot kakinya; 2. st that disables, kecacatan: severe physical disabilities, kecacatan anggota yg teruk; 3. legal disqualification, ketakupayaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
damnedestn ; /do, try/ o’s ~, (colloq ) mencuba sedaya upaya: he did his ~ to rescue the children from the burning house, dia mencuba sedaya upaya utk menyelamatkan anak-anak itu dr rumah yg sedang terbakar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
desperatelyadv 1. hopelessly, incurably, teruk, kuat, keras: to be ~ ill, sakit teruk; 2. with all-out effort, sedaya upaya: ~ fighting cancer of the bone, berusaha sedaya upaya melawan penyakit barah tulang; the new government struggled ~ to restore order in the war-torn country, kerajaan baru itu berusaha sedaya upaya utk memulihkan keadaan dlm negara yg dilanda perang; 3. with reckless abandon, bermati-matian; 4. appallingly, shockingly, amat, terlalu, sangat: ~ poor, amat miskin; ~ overcrowded, terlalu sesak; 5. extremely, intensely, amat, sangat: ~ bored, amat bosan; ~ urgent, amat mendesak; ~ worried, sangat risau; to need st ~, amat memerlukan sst.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
equipotentialadj (phys) sama upaya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disablevt incapacitate, (act.) menghilangkan keupayaan; (pass.) kehilangan upaya: the injury to his spine ~d him, kecederaan pd tulang belakang telah menghilangkan keupayaannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bent 1 to the top of o’s ~, with all o’s effort, sedaya upaya sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
keep~ so. alive, a. prevent so’s death, menyelamatkan (nyawa) sso: the doctor was struggling to ~ him alive, doktor itu berusaha sedaya upaya utk menyelamatkan nyawanya; b. let so. live, membiarkan sso hidup, tdk membunuh ssKamus Inggeris-Melayu Dewan
bestmake the ~ of /it, things, a bad job, a bad bargain, etc/, /menerima, menghadapi/ /sst, keadaan buruk, dll/ dgn sebaik-baiknya; to the ~ of o’s ability, dgn sedaya upaya; to the ~ of o’s belief, berdasarkan pertimbangan sso; to the ~ of o’s knowledge, sepanjang pengetahuan sso; to the ~ of o’s recollection, sepanjang ingatan sso; with the ~ (of them) dgn + approp n yg terbaik: he can play chess with the ~, dia boleh bermain catur dgn pemain yg terbaik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas