Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sa.ha] | اوسها

Definisi : daya upaya (ikhtiar, kegiatan, per-buatan, dll) utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu: rajin dan ~ adalah tangga kejayaan; sebelum Marsden, belum ada ~-~ utk menerbitkan teks dr naskhah Melayu lama secara ilmiah; badan ~ badan yg melaksanakan sesuatu (usaha) utk memperoleh hasil; ~ bersama pekerjaan yg dilakukan bersama; ~ campuran usaha oleh beberapa pihak yg tergabung; ~ kerajinan tangan pekerjaan tangan (spt membuat tikar, mengukir, dll); ~ niaga usaha atau kegiatan perniagaan; ~ perladangan (perlombongan) pekerjaan perladangan (perlombongan); berusaha bekerja dgn giat utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu, berikhtiar, sedaya upaya (utk mencapai sesuatu), mengerjakan sesuatu usaha: mereka ~ dgn sungguh-sungguh utk mencapai matlamat mereka; kerajaan ~ utk menambah hasil pengeluaran getah; mengusahakan 1. melakukan (membuat) segala yg perlu (spt pekerjaan, kegiatan, ikhtiar, dll) utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan, dsb) sesuatu, mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh (supaya tercapai sesuatu), menyelenggarakan: dia sendiri ~ terbitnya sebuah edisi Sejarah Melayu atas perhitungan bahasa semata-mata; kemajuan dan kemakmuran di pulau itu mestilah diusahakan bersama oleh kedua-dua bangsa itu; 2. mencari jalan (daya usaha dll) utk menyampaikan maksud (memperoleh sesuatu dsb), mengikhtiarkan, mengupayakan: kita tidak lama lagi akan hidup spt orang baik-baik, aku sedang ~ wangnya; 3. = ~ dirinya bekerja (bergiat) dgn sungguh-sungguh (segenap tenaga), berusaha keras: dia terlalu sangat rajin ~ dirinya dlm pelajaran; 4. mengurus sesuatu (pertubuhan dll) supaya berjalan dgn baik, menyelenggarakan: jikalau perkara itu berkenaan dgn cukai maka Kementerian Kewanganlah yg akan ~nya; 5. menghasil-kan, membuat, mengarang (buku dll), menye-lenggarakan sehingga (selesai): terjemahan ini telah diusahakan oleh saya sendiri; perusahaan 1. pekerjaan (kegiatan dsb) secara besar-besaran utk membuat (meng-hasilkan, mengeluarkan) barang-barang, industri: ~ batik di Kelantan; ~ gula; 2. pekerjaan ber-niaga secara besar-besaran, pekerjaan yg dilaku-kan utk mencari keuntungan: oleh sebab kedai itu terlampau kecil, dia sekarang membuka ~ di gedung yg lebih besar; ~ berat perusahaan secara besar-besaran yg menghasilkan barang berat-berat spt bahan dasar utk perusahaan-perusahaan lain dll; ~ kecil perusahaan yg dikerjakan secara kecil-kecilan (tidak memerlukan modal atau alat kelengkapan yg banyak dsb); pengusahaan perihal mengusahakan, pengerja-an, penyelenggaraan: ~ tanah; pengusaha 1. orang yg mengusahakan se-suatu (perusahaan, kegiatan penghasilan, dsb): ~-~ barang-barang kecil akan dapat men­jual barang-barang mereka dgn harga pasaran yg agak lumayan; 2. = pengurus (sekolah dll), pengelola. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sa.ha] | اوسها

Definisi : daya upaya atau ikhtiar utk mencapai sesuatu maksud: ~nya utk mendirikan surau itu disanjung tinggi oleh orang ramai. berusaha bekerja dgn giat; berikhtiar dgn sedaya upaya: Utk mencapai kemajuan, kita mestilah ~. mengusahakan 1 mengerjakan sesuatu dgn bersungguh-sungguh; menjalankan sesuatu usaha: Ayahnya seorang saja yg ~ sawah itu. 2 mencari jalan utk mencapai sesuatu maksud; mengikhtiarkan. 3 mengurus sesuatu pertubuhan dll supaya berjalan dgn licin: Ada tiga orang pegawai yg ~ syarikat perumahan itu. perusahaan 1 pekerjaan secara besar-besaran utk membuat atau utk mengeluarkan barang-barang spt kain, baju; industri: ~ gula. 2 pekerjaan berniaga secara besar-besaran: Ia sudah kaya sekarang kerana ~nya sangat maju. pengusahaan perbuatan atau hal mengusahakan sesuatu. pengusaha orang yg mengusahakan sesuatu badan perusahaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usaha (kata nama)
Bersinonim dengan daya upaya, ikhtiar, kegiatan, perbuatan, tenggang;,
Kata Terbitan : berusaha, mengusahakan, perusahaan, pengusaha,

Peribahasa

Lulus (= lalu) jarum,
     lulus (= lalu) kelindan.

Bermaksud :

Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalu penjahit, lalu kelindan). lulus = masuk

 

Lihat selanjutnya...(38)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
emancipatoryadj pembebasan: ~ efforts, usaha-usaha pembebasan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
desperateadj 1. reckless, terdesak: a ~ killer, pembunuh yg terdesak; ~ attempts to free the captives, usaha-usaha yg terdesak utk membebaskan orang-orang tawanan; a ~ struggle for survival, perjuangan yg terdesak utk hidup; 2. undertaken as last resort, terakhir: ~ remedies for the industrial dispute, usaha terakhir utk menyelesaikan pertikaian industri itu; ~ measures, langkah-langkah terakhir; 3. suffering extreme anxiety, need, /betul-betul, benar-benar, sungguh-sungguh/ ingin: she is ~ to win, dia benar-benar ingin menang; ~ for st, /amat, sangat/ memerlukan sst: to be ~ for recognition, amat memerlukan penghargaan; 4. critical, beyond hope, genting: this ~ state of affairs is expected to continue, keadaan yg genting ini dijangka akan berterusan; his condition is ~, keadaannya genting; 5. showing, arising from despair, sangat, amat: the ~ look of hunger on his face, wajahnya yg menampakkan bahawa dia sangat lapar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
amalgamatevt 1. combine, unite, menggabungkan, menyatukan: attempts to ~ the companies were not quite successful, usaha-usaha utk menggabungkan syarikat-syarikat itu tdk begitu berjaya; 2. combine with mercury, mengamalgamkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
availn ; of /no, little/ ~, to no ~, tdk berhasil, sia-sia sahaja: efforts to save the company were of no ~, usaha-usaha utk menyelamatkan syarikat itu tdk berhasil; of what ~ is it...?, apa /gunanya, faedahnya/...?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ancillaryadj 1. subordinate, secondary, (attrib) sampingan; (pred) approp n + sampingan: ~ industries, perusahaan sampingan; undertakings that are rather ~ than essential, usaha yg lebih berupa usaha sampingan drpd usaha yg perlu; ~ road, jalan /samping, rusuk/; 2. supporting, auxiliary, bantuan: ~ services, perkhidmatan bantuan; surgery and its ~ treatment, pembedahan dan rawatan bantuan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
canvassingn 1. solicitation of votes or support, /usaha, kegiatan/ merayu undi: the ~ of a constituency, usaha merayu undi di kawasan pilihan raya; 2. solicitation of orders, subscriptions, etc, /usaha, kegiatan/ /mencari, mendapatkan/ /pesanan, langganan, dll/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
enterprisen 1. undertaking esp an adventurous or difficult one, usaha: his new ~ sounds even more risky than his last, usaha barunya nampaknya lebih berisiko drpd usahanya yg dahulu; 2. willingness to engage in such undertakings and to take risks, daya usaha: his father was a man of great ~, bapanya mempunyai daya usaha yg tinggi; 3. business firm, syarikat: this company today is one of the largest industrial ~s in Asia, hari ini, syarikat ini merupakan antara syarikat perindustrian yg terbesar di Asia; 4. business activity, perusahaan:private ~ is responsible for much of the country’s development, perusahaan swasta bertanggungjawap thdp kebanyakan pembangunan negara itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
expedientn usaha: he will resort to any ~ to achieve his ends, dia akan melakukan apa saja usaha utk mencapai maksudnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
enterprisingadj having, showing enterprise, berdaya usaha: the organization needs ~ young men to help it grow, organisasi itu memerlukan pemuda-pemuda yg berdaya usaha utk berkembang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fall~ asleep, tertidur; ~ dumb, menjadi bisu; ~ foul, clash, bertelingkah; ~ /ill, sick/, jatuh sakit; ~ on hard times, ditimpa kesusahan; ~ prey to, menjadi mangsa kpd; ~ short, a. fail to attain, tdk berhasil; (of missile) tdk mengena: our efforts have ~en short, usaha-usaha kami tdk berhasil; all the shots fell short, semua tembakan itu tdk mengena; b. be deficient, berkurangan: the food supply is ~ing short, bekalan makanan kian berkurangan; ~ short of, tdk mencapai: his results ~ short of expectations, hasilnya tdk mencapai jangkaan; ~ silent, menjadi senyap; ~ to o’s /lot, share/, menjadi kewajipan sso; ~ to pieces, jatuh /berkecai, berderai/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910

Kembali ke atas