Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. terbalik letaknya atau duduknya (yg di atas menjadi di bawah, yg di depan menjadi di belakang, dsb), terbalik keadaannya dsb (yg sepatutnya didahulukan dikemu­diankan dsb): kerbau bertanduk ~; berjalan ~ berjalan di atas tangan (kaki ke atas); letak ~ kaki di bawah dan kepala di atas (kedudukan bayi ketika hampir akan dilahirkan); 2. ki berlawanan drpd biasa (bkn ajaran, keper­cayaan, amalan, dsb): ajaran ~; spt aur ditarik ~ prb pekerjaan atau perkara yg sukar di­selesaikan kerana sudah salah jalan; menyongsang terbalik (letaknya, duduknya, dll); menyongsangkan menjadikan terbalik (yg di atas menjadi di bawah, yg sepatutnya di­dahulukan dikemudiankan, dll), membalik­kan, menterbalikkan; tersongsang terbalik; songsangan sesuatu yg tersongsang, kebalik­an; kesongsangan keadaan yg terbalik drpd ke­biasaan: selama ini telah wujud ~ di kalangan sesetengah pengkritik drama tanah air; penyongsangan perihal (perbuatan dsb) me­nyongsangkan; penyongsang alat yg menyongsangkan arus terus kpd arus ulang-alik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; kembang ~ Id sj tumbuhan (herba), Gloriosa superba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : terbalik keadaannya (yg di atas terdapat di bawah, yg di depan terdapat di belakang dll). menyongsang dlm keadaan terbalik (bkn letak atau duduk sesuatu): tidur ~. menyongsangkan menjadikan atau meletakkan sesuatu menyongsang. songsangan sesuatu yg songsang letaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
songsang (adverba)
Bersinonim dengan terbalik, berlawanan, arah, bertentangan arah, terbalik;,
Kata Terbitan : tersongsang, songsangan,


Menganyam Kedukaan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdfMenganyam KedukaanPENItAl P131511992/1993 yang ditegaskannya ‘puiau itu masih samar’. Dengan demikian, atas sifat insn yang memiliki kelematin telah secana jujun diakui oleh penyair bahawa dirinya penuh kekelinuan duniawm, rnalah ‘seringkali songsang perjalann’ dan ‘setia menjadi timbul tenggelam’. Namun di tengah-tengah kelemahan sehagai insan tetapi dianugenahi oleh Allah kelebihan akal budi maka penyair tetap optimis. Penyamr menenuskan setiap penc~trin hidupnya desinan angin la/u pada nyanyian cemana pada siu/an caman sedang /aut tak betah benge/ona dan pu/au itu masih samar Maajkan oku wahai teman kenono seningka/i songsang pet jo/anon maajkan aku duhoi ma/am ko/au setia menjadi timbu/ tengge/am di antanoJende/a bmntang sunam. u/co siang ku menyu/am mimpi itu tandonya pencanian D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekMenganyamKedukaan&HitCount=3&hits=c44+1da6+d924+

Kembali ke atas