Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.ji/] | جيجيق

Definisi : 1. meluat (mual, tidak suka melihat) kerana kotor (keji dll): aku berasa ~ dgn keadaan di rumah sakit itu; banyak orang ~ melihat perangai buruk Munah; 2. kotor atau keji (yg memualkan, yg tidak suka dilihat): jangan kau pegang makanan itu, ~; menjijikkan 1. berasa jijik akan, meng­anggap jijik; 2. menimbulkan (men­datang­kan) rasa jijik: perangaimu itulah yg ~ kami; kejijikan perihal jijik; penjijik orang yg tidak suka akan benda (keadaan) yg kotor: dia ~ orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.ji/] | جيجيق

Definisi : 1 mendatangkan rasa tidak suka (mual) akan sesuatu kerana kotor atau keji: ~ sekali makanan itu. 2 berasa tidak suka melihat sesuatu kerana kotor atau keji: Ia ~ melihat perangai kawannya yg tamak itu. menjijikkan 1 berasa jijik akan; menganggap sesuatu jijik: Jangan suka ~ pengemis, walaupun dia kelihatan kotor. 2 menimbulkan rasa jijik: perbuatan yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jijik (adjektif)
1. Bersinonim dengan geli: geli-geman, geli-geleman, gelinggaman, genyi, loya, jejap, mual, seer,
Berantonim dengan berselera

2. Bersinonim dengan meluat: menyampah, cicik, benci, tidak suka, getik, geli,
Berantonim dengan suka

Kata Terbitan : menjijikkan, kejijikan,


Menganyam Kedukaan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdfMenganyam Kedukaansemakin lantang dan mencabar. “Kalau Pak Sujang tidak puas had, Pak Sujang boleh panggil hilituong. Bila-bila masa. Biar Ketua Kampung dan Penghulu yang memutuskan.” Jatan memandangnya dengan sedikit pandangan jijik. Untuk seketika dia terasa kematian akal dan putus ikhtiar. Rasa mahu menangis saja dia di dalam hati. Jatan ditentangnya dengan pandangan sayu bercampur marah, malu bercampur benci. 65 MENGANYAM KEDIJKAAN janganlah kamu mengutip atau sengaja mencari kesalahan dan keaiban orang, janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Adakah seseonang daripada kamu sukamemakan daging saudananya yangtelah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Oleh itu bentakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah penerima taubat lagi maha mengasihani. “Saya tak ada kuasa untuk membetulkan keadaan itu. “Daripada Tuan Aji bersubahat dengan kerja-kenja maksiat begitu D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekMenganyamKedukaan&HitCount=2&hits=455b+7fdd+

Kembali ke atas