bentuk gabungan | composite shapes | Bentuk yang terhasil daripada gabungan dua atau lebih bentuk geometri. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
bentuk gabungan | composite shapes | Bentuk yang terbina daripada gabungan dua atau lebih bentuk lain. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
bentuk geometri bergabung | combined geometric shape | Bentuk yang terjadi daripada gabungan dua atau lebih bentuk geometri. Lihat rajah | Menengah Atas |
bentuk geometri | geometric shape | Bentuk yang terdiri daripada garis lurus, garis lengkung, permukaan rata atau permukaan melengkung seperti bentuk dua dimensi dan tiga dimensi. | Sekolah Rendah |
bentuk tertutup | closed shape | Bentuk atau rajah yang mempunyai titik mula dan titik akhir pada tempat yang sama. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
bentuk geometri | geometric shape | Bentuk yang boleh terdiri daripada garis, lengkung atau permukaan. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
bentuk tiga dimensi | three-dimensional shape | Bentuk yang mempunyai ukuran panjang, lebar, tinggi dan isi padu. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
bentuk dua dimensi | two-dimensional shape | Bentuk yang mempunyai hanya satu permukaan rata dan tiada ketebalan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
bentuk piawai | standard form | Kaedah piawai untuk menulis nombor nyata. Melalui tatatanda saintifik, semua nombor nyata ditulis dalam bentuk A×10n, dengan 1 ≤ A < 10 dan n merupakan integer. Contohnya, 351 ditulis sebagai 3.51 × 10² dalam bentuk piawai. | Menengah Atas |
bentuk geometri bergabung | combined geometric shape | Lihat bentuk gabungan. | Menengah Rendah |