Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
takafultakafulSejenis insurans yang mengikut asas-asas dan hukum-hukum Islam.Sekolah Rendah
asasbase1. Asas dalam tatatanda an merujuk kepada a. Contohnya, 24 = 16, asas ialah 2. log5 125 = 3, asas ialah 5. 2. Cara untuk mengungkapkan sistem pernomboran. Asas dalam sistem perpuluhan ialah 10. Nombor-nombor lain juga boleh wujud. Lihat ContohMenengah Atas
asasbaseSuatu nombor yang didarabkan secara berulang untuk menghasilkan suatu nombor dalam tatatanda indeks. Contoh: 5 × 5 × 5 = 5³, 5 ialah asas.Menengah Rendah
indeks hargaprice index"Ukuran statistik yang digunakan untuk membandingkan perbezaan harga berdasarkan tempoh masa tertentu sebagai asas. Formula bagi mengira indeks harga ialah: dengan I ialah indeks harga, P1 ialah harga tahun semasa dan P0 ialah harga tahun asas.Menengah Atas
fakta asasbasic factsOperasi matematik yang berasaskan nombor satu digit dari 0 hingga 9. Lihat ContohSekolah Rendah
saatsecondUnit asas bagi ukuran masa. 60 saat = 1 minit. Singkatannya ialah s.Menengah Atas
kamiranintegralKonsep asas dalam kalkulus yang merupakan satu proses songsangan kepada pembezaan. Simbol kamiran ialah ∫. Kamiran digunakan untuk mencari persamaan lengkung, luas di bawah graf dan isi padu kisaran.Menengah Atas
saatsecondUnit asas bagi ukuran masa. 60 saat bersamaan dengan 1 minit.Menengah Rendah
digitdigitSimbol asas dalam sistem penomboran iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. Contohnya, nombor 45 651 mempunyai lima digit.Menengah Rendah
aritmetikarithmeticPengiraan asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Lihat ContohSekolah Rendah
123

Kembali ke atas