logaritma | logarithm | Kaedah lain untuk menyatakan indeks satu nombor. Contohnya, jika P dinyatakan dalam bentuk cx, dengan c > 0 dan c ≠ 1, maka x ialah logaritma P dengan asas c. Ungkapan ini ditulis sebagai logcP = x. | Menengah Atas |
ketaksamaan kuadratik | quadratic inequality | Ketaksamaan yang melibatkan ungkapan kuadratik seperti ax2 + bx + c > 0, ax2 + bx + c < 0, ax2 + bx + c ≥ 0 dan ax2 + bx + c ≤ 0, dengan a≠ 0, a, b dan c ialah pemalar. | Menengah Atas |
fungsi kuadratik | quadratic function | Fungsi yang berbentuk f (x) = ax2 + bx + c, dengan a, b, c ialah pemalar dan a ≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 2 dan hanya mempunyai satu pemboleh ubah. Lihat rajah | Menengah Atas |
Celsius | Celcius | Skala suhu untuk menunjukkan keadaan suhu sesuatu objek atau kawasan, yang ditulis dengan simbol °C. Contohnya, takat beku air ialah 0°C dan takat didih air ialah 100°C. | Menengah Rendah |
ungkapan kuadratik | quadratic expression | Ungkapan dalam bentuk am ax² + bx+ c, dengan a, b dan c ialah pemalar dan a ≠ 0. | Menengah Atas |
persamaan kuadratik | quadratic equation | Persamaan yang boleh ditulis dalam bentuk ax² + bx + c = 0, dengan a, b dan c ialah nombor nyata, dan a ≠ 0. | Menengah Rendah |
persamaan kuadratik | quadratic equation | Persamaan yang boleh ditulis dalam bentuk am, ax² + bx + c = 0 dengan a, b dan c ialah pemalar dan a ≠ 0. Persamaan ini perlu mempunyai satu pemboleh ubah dan kuasa tertinggi pemboleh ubah itu ialah 2. | Menengah Atas |
unsur set | element of a set | Nombor, huruf atau objek yang dikandung oleh suatu set. Contohnya, unsur set {a, b, c} ialah huruf a, b, dan c. | Menengah Atas |
lajur | column | Susunan menegak dalam suatu jadual. Contohnya, A, B, C termasuk dalam lajur pertama bagi jadual di bawah. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
pembeza layan | discriminant | Ungkapan b² - 4ac dalam persamaan kuadratik ax² + bx+ c = 0. Pembeza layan boleh digunakan untuk menentukan jenis punca kepada persamaan kuadratik. Lihat rajah | Menengah Atas |