nilai kebenaran | truth value | Nilai "benar" atau "palsu" bagi suatu pernyataan logik. Contohnya, nilai kebenaran bagi "1 + 2 = 3" adalah benar, manakala nilai kebenaran bagi "permukaan bumi adalah rata" adalah palsu. | Menengah Atas |
petua indeks sifar | zero index rule | Pernyataan bahawa sebarang nombor yang bukan sifar, yang mempunyai kuasa sifar adalah bersamaan dengan 1. Contohnya, 50 = 1. | Menengah Atas |
poligon sekata | regular polygon | Poligon yang semua sisinya sama panjang dan semua sudut pedalamannya adalah sama besar. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Menengah Atas |
teorem tembereng selang-seli | alternate segment theorem | Ciri yang menyatakan bahawa sudut dalam tembereng yang berselang-seli adalah sama. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Menengah Rendah |
segi empat tepat | rectangle | Segi empat yang mempunyai empat sisi, empat sudut tegak, dan sisi yang bertentangan adalah sama panjang. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
hukum segi empat selari | parallelogram law | Hukum yang menyatakan bahawa jumlah dua vektor yang bersebelahan bagi segi empat selari adalah bersamaan dengan pepenjurunya. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajah | Menengah Atas |
teorem Pythagoras | Pythagoras theorem | Teorem yang menyatakan bahawa bagi sebarang segi tiga bersudut tegak (90°), kuasa dua hipotenusnya adalah bersamaan dengan jumlah kuasa dua panjang dua sisi yang lain. Teorem ini dapat dinyatakan dalam formula a²+ b² = c². 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajah | Menengah Atas |
akas teorem Pythagoras | converse of Pythagoras’ theorem | Pernyataan yang menyatakan bahawa dalam suatu segi tiga, jika hasil tambah kuasa dua bagi dua sisinya sama dengan kuasa dua sisi terpanjang, maka segi tiga tersebut adalah bersudut tegak dengan sudut tegak bersetentang dengan sisi terpanjang. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Menengah Rendah |
garis lurus penyuaian terbaik | line of best fit | Garis lurus terbaik yang dilukis merentasi serakan plot untuk menentukan hubungan antara dua pemboleh ubah. Garis lurus ini melalui seberapa banyak titik yang mungkin dan titik-titik yang tidak berada pada garis, bilangannya adalah seimbang di kedua-dua belah garis. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajah | Menengah Atas |
pantulan | reflection | Penjelmaan yang membalikkan titik-titik pada satu satah terhadap satu garis yang dikenali sebagai paksi pantulan. Ciri-ciri pantulan ialah (i) objek dan imej berada pada sebelah yang bertentangan dengan paksi pantulan. (ii) objek dan imejnya mempunyai jarak serenjang yang sama dari paksi pantulan. (iii) bentuk dan saiz imej adalah sama dengan objek, tetapi orientasinya terbalik. (iv) imej bagi suatu titik yang ada pada paksi pantulan ialah titik itu sendiri. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajah | Menengah Atas |