Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.gi.han] | اݢيهن

Definisi : apa yg diagihkan atau dibahagikan: dari segi ~ tanah tani, sektor tanaman da­gang­an menguasai sektor pertanian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.gi.han] | اݢيهن

Definisi : bahagian yg diperoleh hasil mengagihkan sesuatu: Dia menyedekahkan sebahagian drpd ~ yg diterimanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agihan


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sifat kalis agihandistributive propertySifat operasi pendaraban yang membolehkan hasil pendaraban terhadap satu set nombor sama dengan hasil darab nombor ahli set tersebut secara berasingan. Contohnya, 2 (3 + 4) = 2 × 3 + 2 × 4.Menengah Atas
hukum kalis agihandistributive lawHukum yang menyatakan bahawa hasil proses yang melibatkan dua operasi yang dijalankan dengan cara yang berlainan adalah sama. Contohnya, 4(3+5) = (4 × 3) + (4 × 5).Menengah Atas
hukum kalis agihandistributive lawHukum yang menyatakan bahawa hasil proses yang melibatkan dua operasi yang dijalankan dalam cara yang berlainan adalah sama. Contohnya, 4(3 + 5) = (4 × 3) + (4 × 5).Menengah Rendah

Kembali ke atas