pecutan | acceleration | Kadar perubahan halaju terhadap masa. Apabila halaju bertambah, pecutannya positif, manakala apabila halaju mengurang, pecutannya negatif (nyahpecutan). | Menengah Atas |
kesudahan yang mungkin | possible outcome | Hasil tertentu yang diperoleh apabila melakukan sesuatu uji kaji atau apabila sesuatu peristiwa berlaku. Contohnya, dalam uji kaji melambung sekeping duit syiling adil, kesudahan yang mungkin sama ada permukaan 'angka' atau permukaan 'gambar' syiling berada di sebelah atas. | Menengah Atas |
faedah | interest | Keuntungan yang diperoleh apabila seseorang menyimpan wang di dalam bank dalam akaun jenis tertentu, atau bayaran tambahan kepada bank apabila seseorang meminjam wang daripada bank. | Menengah Rendah |
faedah | interest | 1. Keuntungan yang diperoleh apabila seseorang menyimpan wang di dalam bank. 2. Bayaran tambahan kepada institusi kewangan yang perlu dibayar apabila seseorang meminjam wang dalam tempoh tertentu. | Menengah Atas |
salingan | reciprocal | Sebutan yang apabila didarab dengan satu sebutan yang diberi menghasilkan 1. Lihat Contoh | Menengah Atas |
salingan | reciprocal | Nombor yang apabila didarab dengan suatu nombor yang diberi menghasilkan 1. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
terbitan | derivative | Perubahan sesuatu fungsi apabila inputnya mengalami perubahan. Contohnya, jika f(x) = x4, maka f (x) = 4x³. | Menengah Atas |
min | mean | Nilai yang diperoleh apabila jumlah kuantiti dibahagikan dengan bilangan kuantiti dalam data. | Menengah Atas |
garis | line | Lokus yang terhasil apabila satu titik bergerak dalam arah yang tetap. Garis mempunyai 1 dimensi. | Menengah Atas |
teselasi | tessellation | Corak yang terhasil apabila beberapa jenis bentuk disusun rapat tanpa bertindih untuk menutup keseluruhan satah. Lihat Contoh | Menengah Rendah |