set semesta | universal set | Set yang mengandungi semua unsur yang menjadi bahan perbincangan bagi suatu masalah matematik. Contohnya, dalam masalah yang melibatkan hanya nombor asli, set semestanya terdiri daripada set nombor asli {1, 2, 3, 4, . . .}. Simbolnya ialah epsilon, ε atau x. | Menengah Atas |
nombor asli | natural number | Nombor yang digunakan dalam proses membilang iaitu 1, 2, 3, ... | Menengah Atas |
logaritma asli | natural logarithm | Logaritma dengan nilai asas e. Nilai e = 2.71828 dan simbolnya ialah loge atau ln. | Menengah Atas |
nombor asli | natural number | Nombor yang digunakan dalam proses membilang, iaitu 1, 2, 3, ... . | Menengah Rendah |
nombor perdana | prime number | Nombor asli yang hanya boleh dibahagi dengan dirinya sendiri dan 1 sahaja. 1 bukan nombor perdana. Contohnya, 2, 3, 5, 7, 11, 13, ... | Menengah Atas |
nombor perdana | prime number | Nombor asli yang hanya boleh dibahagi dengan dirinya sendiri dan 1 sahaja. 1 bukan nombor perdana. Contohnya, 2, 3, 5, 7, 11 dan 13. | Menengah Rendah |
nombor gubahan | composite number | Nombor asli yang berupa hasil darab dua integer lain selain daripada nombor 1. Contoh: 5 × 2 = 10, 4 × 3 = 12. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
nombor bulat | whole number | Sifar dan nombor asli. Contohnya, 0, 1, 2, 3, ... | Menengah Atas |
berturutan | consecutive | Perihal sekumpulan sebutan yang berturut-turut dalam sesuatu jujukan. Contohnya, 5, 6, 7, 8 merupakan 4 nombor asli berturutan. | Menengah Rendah |