Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; atur-atur; kayu ~ kayu mainan kanak-kanak yg disusun utk membentuk sesuatu (spt rumah dll); beratur 1. berada (berdiri dsb) dlm barisan: para peserta sudah ~ di padang utk upacara penyampaian hadiah; 2. berada dlm susunan yg baik (bkn barang, benda), tersusun (baik-baik): perkakas dapur ~ dgn baik; mengatur 1. meletakkan (sesuatu) dlm susunan yg baik atau sebagaimana yg diingini: ~ pasu bunga di taman; ~ buku di rak; 2. menguruskan (supaya rapi, kemas, berjalan dgn baik, dsb): ~ persiapan utk menyambut Hari Kebangsaan Negara; apa guna men­cam­puri hal rumah tangga orang sedangkan rumah tangga sendiri belum dapat diatur; mengaturkan mengatur utk; teratur 1. telah diatur (dgn baik), sudah disusun baik-baik, tersusun: dia melihat-lihat buku-buku yg ~ di rak; 2. tidak kelam-kabut (kucar-kacir dsb): segala-galanya dijalankan dgn ~ dan rapi setelah mereka merancang­kannya dgn sempurna;aturan 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu;beraturan 1. dgn aturan, mempunyai aturan, teratur baik-baik; 2. tahu adat (sopan santun);keteraturan keadaan yg teratur, ketertiban: ~ gerak laku; ~ dan alam tabii tidak mening­galkan kesan yg mendalam;peraturan 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipa­tuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kera­jaan peraturan (ketentuan, garis pan­duan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd);berperaturan ada peraturannya, beraturan: kerja yg tidak ~;pengaturan perihal (perbuatan dsb) meng­atur(kan);pengatur 1. orang yg mengatur, orang yg menyediakan sesuatu mengikut aturan atau peraturan tertentu: ~ huruf; 2. alat utk meng­atur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atur I


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pilih aturpermutationTertib semua susunan yang boleh dibuat bagi satu kumpulan objek. Contohnya, objek A, B dan C boleh disusun mengikut pilih atur yang berbeza, iaitu ABC, ACB, BAC, BCA, CAB, CBA.Menengah Atas

Kembali ke atas