fungsi linear | linear function | Fungsi yang berbentuk f (x) = ax + b, dengan a, b ialah pemalar dan a ≠ 0. Graf fungsi linear berbentuk garis lurus. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajah | Menengah Atas |
lajur | column | Susunan menegak dalam suatu jadual. Contohnya, A, B, C termasuk dalam lajur pertama bagi jadual di bawah. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Menengah Rendah |
persamaan linear | linear equation | Persamaan yang terdiri daripada ungkapan linear. Bentuk am persamaan linear ialah ax + by + c = 0, dengan a≠ 0 dan b≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 1. | Menengah Atas |
fungsi kuadratik | quadratic function | Fungsi yang berbentuk f (x) = ax2 + bx + c, dengan a, b, c ialah pemalar dan a ≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 2 dan hanya mempunyai satu pemboleh ubah. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajah | Menengah Atas |
fungsi kubik | cubic function | Fungsi yang berbentuk f (x) = ax3 + bx2 + cx + d, dengan a, b, c, d ialah pemalar dan a ≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 3 dan hanya mempunyai satu pemboleh ubah. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajah | Menengah Atas |