unit | unit | Kuantiti yang digunakan sebagai piawai untuk ukuran, timbangan atau sukatan dalam sesuatu sistem. Contohnya, meter ialah unit bagi panjang, saat bagi masa, dan kilogram bagi jisim. | Menengah Rendah |
nilai tempat | place value | Nilai bagi kedudukan digit dalam sesuatu nombor. Contohnya, nilai tempat bagi digit 6 dalam nombor 6934 ialah ribu, dan nilai tempat bagi digit 5 dalam nombor 523 089 ialah ratus ribu. | Menengah Atas |
mata wang | currency | Jenis atau unit wang yang digunakan di sesebuah negara seperti Ringgit Malaysia (bagi Malaysia), Rupiah (bagi Indonesia). Lihat Contoh | Menengah Rendah |
nilai kebenaran | truth value | Nilai "benar" atau "palsu" bagi suatu pernyataan logik. Contohnya, nilai kebenaran bagi "1 + 2 = 3" adalah benar, manakala nilai kebenaran bagi "permukaan bumi adalah rata" adalah palsu. | Menengah Atas |
operasi songsang | inverse operation | Operasi yang merupakan songsangan bagi sesuatu operasi lain. Contohnya, operasi songsang bagi 10 + 9 = 19 ialah 19 − 9 = 10. Maka operasi tolak ialah songsangan bagi operasi tambah. | Menengah Rendah |
penyelesaian yang mungkin | possible solution | Nilai yang mungkin diperoleh bagi pemboleh ubah yang menghasilkan persamaan yang betul. Contohnya, bagi persamaan x2 = 64. Penyelesaian yang mungkin bagi nilai x ialah +8 dan -8. | Menengah Rendah |
unit ukuran | unit of measurement | Kuantiti yang digunakan sebagai piawai pengukuran. Contohnya, minit ialah unit ukuran bagi masa, meter ialah unit ukuran bagi panjang dan kilogram ialah unit ukuran bagi jisim. | Menengah Atas |
had bawah | lower limit | Nilai terkecil bagi satu kelas data. Contohnya, bagi kelas umur 20 – 39 tahun, 20 merupakan had bawah. | Menengah Atas |
had atas | upper limit | Nilai terbesar bagi satu kelas data. Contohnya, bagi kelas umur 20 – 39 tahun, 39 merupakan had atas. | Menengah Atas |
amplitud | amplitude | Nilai mutlak yang terbesar bagi fungsi yang berkala. Contohnya, amplitud bagi fungsi sinus ialah 1. Lihat Contoh | Menengah Atas |