tukaran | exchange | Proses memberikan sesuatu benda kepada seseorang dan menerima sesuatu benda lain yang sama nilainya. | Sekolah Rendah |
kaedah unitari | unitary method | Kaedah pengiraan untuk mencari nilai bagi beberapa benda dengan terlebih dahulu mencari nilai untuk satu benda. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
kumpulan | group | Kelompok benda. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
magnitud | magnitude | 1. Saiz sesuatu benda. 2. Panjang garis yang mewakili satu vektor. | Menengah Atas |
objek | object | Bentuk, rajah atau benda asal dalam pelbagai transformasi. | Menengah Rendah |
pecahan | fraction | Bahagian daripada satu benda, sesuatu kumpulan atau nombor. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
modal | capital | Wang atau harta benda yang digunakan sebagai asas untuk memulakan perniagaan. | Sekolah Rendah |
lajur | column | Susunan nombor atau benda secara menegak. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
baris | row | Susunan nombor atau benda secara melintang. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
dozen | dozen | Unit untuk perhitungan bilangan benda atau objek yang bersamaan dengan 12. Contohnya, 12 batang pensel bersamaan dengan 1 dozen pensel. | Menengah Rendah |