Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. lengkung, lentur: ~ busur panah; pedang ~; 2. penjodoh bilangan utk barang yg melengkung: se~ cincin; 3. bangun, rupa, perawakan: api begitu garang hingga jelas ternampak ~ tubuh orang itu; 4. cara, gaya, corak, susunan: ~ dan gaya penulisan serta bahasa kurang diperhatikan; ~ pemerintahan; membentuk 1. melengkung, melentur: ~ spt kail; 2. menjadikan atau membuat supaya melengkung; 3. menjadikan sesuatu mengikut bentuk yg tertentu, membuat sesuatu dgn bentuk atau rupa yg tertentu; 4. membuat, mendirikan, menubuhkan, menyusun: ~ kata terbitan yg baru; ~ syarikat kerjasama; ~ kabinet baharu;terbentuk dibentuk: batu-batu spt batu kapur dan batu pasir menyebabkan ~nya bukit-bukit; tidak ~ tidak terdidik, tidak terajar;bentukan sesuatu yg sudah dibentuk; kata ~ Id kata terbitan, kata buatan (baru); pembentukan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membentuk: ia berazam utk mengambil peranan dlm ~ masyarakat baru; pembentuk orang atau alat yg membentuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 lengkok atau kelok pd benda-benda yg melengkung: ~ busur; ~ taji. 2 penjodoh bilangan utk benda-benda yg berkelok, spt cincin: Dia membelikan anaknya se~ cincin emas. 3 potongan atau rupa sesuatu benda: Kereta ini ~nya spt kotak. 4 susunan dan gaya karangan: Ia melahirkan isi hatinya dlm ~ puisi. berbentuk mempunyai rupa atau bentuk; berupa: Mereka suka tinggal di rumah pangsa yg ~ spt rumah burung merpati. membentuk 1 berkelok spt sebahagian drpd bulatan; melengkung: Keningnya ~ spt bulan sehari. 2 menjadikan sesuatu melengkung atau melentur; melengkungkan: Nelayan itu sedang ~ mata kail. 3 membuat sesuatu supaya tentu bentuknya: Pertapa itu sedang ~ mata keris. 4 membaiki kelakuan orang; mendidik dan mengajar orang: Jika hendak ~ orang, biarlah ketika ia masih kanak-kanak. terbentuk sudah dibentuk: Sebuah cawangan syarikat Syamelin telah ~ di kampung saya. pembentukan perbuatan atau hal membentuk: ~ syarikat kerjasama tsb telah mendapat sokongan drpd segenap penduduk kampung itu. pembentuk 1 (dlm berbagai-bagai erti) orang yg membentuk. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membentuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bentuk

Puisi
 

asdf asdf asd afasdf asf


Lihat selanjutnya...(1000)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bentuk gabungancomposite shapesBentuk yang terhasil daripada gabungan dua atau lebih bentuk geometri. Lihat ContohMenengah Rendah
bentuk gabungancomposite shapesBentuk yang terbina daripada gabungan dua atau lebih bentuk lain. Lihat ContohSekolah Rendah
bentuk geometri bergabungcombined geometric shapeBentuk yang terjadi daripada gabungan dua atau lebih bentuk geometri. Lihat rajahMenengah Atas
bentuk geometrigeometric shapeBentuk yang terdiri daripada garis lurus, garis lengkung, permukaan rata atau permukaan melengkung seperti bentuk dua dimensi dan tiga dimensi.Sekolah Rendah
bentuk tertutupclosed shapeBentuk atau rajah yang mempunyai titik mula dan titik akhir pada tempat yang sama. Lihat ContohMenengah Rendah
bentuk geometrigeometric shapeBentuk yang boleh terdiri daripada garis, lengkung atau permukaan. Lihat ContohMenengah Rendah
bentuk tiga dimensithree-dimensional shapeBentuk yang mempunyai ukuran panjang, lebar, tinggi dan isi padu. Lihat ContohSekolah Rendah
bentuk dua dimensitwo-dimensional shapeBentuk yang mempunyai hanya satu permukaan rata dan tiada ketebalan. Lihat ContohSekolah Rendah
bentuk piawaistandard formKaedah piawai untuk menulis nombor nyata. Melalui tatatanda saintifik, semua nombor nyata ditulis dalam bentuk A×10n, dengan 1 ≤ A < 10 dan n merupakan integer. Contohnya, 351 ditulis sebagai 3.51 × 10² dalam bentuk piawai.Menengah Atas
bentuk geometri bergabungcombined geometric shapeLihat bentuk gabungan.Menengah Rendah
12345678910...

Kembali ke atas