Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.na/]/[ber.a.na/] | برانق

Definisi : 1. melahirkan anak, bersalin: isterinya baru ~; dukun ~ bidan; sakit ~ sakit sewaktu melahirkan anak; 2. mempunyai anak: mereka sudah ~ dua orang; 3. dgn (bersama dgn) anaknya, kesemuanya (dua, tiga, dll orang) berserta dgn anak: orang itu tinggal tiga ~ di rumah itu; mereka datang empat ~ hendak berjumpa datuk penghulu; belum ~ sudah berbesan (dahulu) = belum ~ sudah ditimang prb keuntungan belum tentu akan dapat sudah bersenang-senang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.na/]/[ber.a.na/] | برانق

Definisi : 1 melahirkan anak: Isterinya baru saja ~ di hospital. 2 mempunyai anak: Ia sudah ~ empat, tetapi rupanya masih muda. 3 dgn anak: Dia tiga ~ tinggal di pondok itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beranak

Puisi
 

Burung tiung beranak tunggal,
     Hinggap mari atas bumbung;
Ibu mati ayah meninggal,
     Pada siapa hendak bergantung.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Sepesan anak beranak,
     anaknya beranak (= menggigit) pula.

Bermaksud :

Lekas sekali berkembang biak. sepesan = lipan.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
vektorvectorKuantiti yang mempunyai magnitud dan arah, diwakili dengan tembereng garis lurus beranak panah. Contohnya, halaju, pecutan dan daya.Menengah Atas

Kembali ke atas