Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bé.za] | بربيذا

Definisi : berlainan: pemerintahan mengikut kaedah persekutuan itu ~ drpd pemerintahan mengikut kaedah persatuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bé.za] | بربيذا

Definisi : 1 tidak sama antara satu dgn yg lain; berlain: Segala perbuatannya ~ drpd yg dikatakannya. 2 tidak sama ukurannya; berselisih sukatannya: Waktu ketibaan mereka ~ lebih kurang dua puluh minit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbeza

Puisi
 

Dari dahulu Jawa Semarang,
     Ungai-ungai di atas bukit;
Macam dahulu juga sekarang,
     Tidak berbeza barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rebung tidak jauh dari rumpun.

Bermaksud :

Tabiat anak tak akan jauh berbeza dengan orang tuanya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sebutan tak serupaunlike termsSebutan yang melibatkan pemboleh ubah yang berbeza atau kuasa setiap pemboleh ubah adalah berbeza. Contohnya, 3x dengan 3x², dan 2y dengan 2z.Menengah Rendah
sebutan tak serupaunlike termsSebutan yang mempunyai pemboleh ubah yang sama dengan kuasa yang berbeza, atau mempunyai pemboleh ubah yang berbeza dengan kuasa yang sama. Contohnya, (i) 5x dan 5x² (ii) 2x² dan 3y².Menengah Atas
tanda tak serupaunlike signsTanda yang berbeza dalam sesuatu ungkapan. Contohnya, + dan -, × dan ÷.Menengah Rendah
setaraequivalentPerihal dua kuantiti yang mempunyai paparan yang berbeza, tetapi mempunyai nilai yang sama. Lihat ContohMenengah Atas
pemberatweightageNilai yang mewakili kepentingan relatif bagi item yang berbeza.Menengah Atas
persilangan setintersection of setsSet unsur-unsur sepunya bagi dua atau lebih set yang berbeza. Persilangan digambarkan dengan simbol ∩. Lihat ContohMenengah Atas
bulatan eksentrikeccentric circlesDua atau lebih bulatan yang dilukis dengan kedudukan pusat bulatan yang berbeza.Lihat ContohMenengah Atas
mata wangcurrencyJenis atau wang yang digunakan di sesebuah negara. Setiap negara mempunyai mata wang yang berbeza-beza. Lihat ContohSekolah Rendah
sama jarakequidistantPerihal dua titik yang mempunyai jarak yang sama dari satu titik atau objek. Contohnya, dua titik yang berbeza pada lilitan suatu bulatan mempunyai jarak yang sama dari titik pusat bulatan tersebut.Menengah Atas
kadarrateHubungan antara sesuatu kuantiti atau nilai terhadap sesuatu kuantiti atau nilai yang lain. Kuantiti atau nilai diukur dalam unit yang berbeza. Lihat ContohSekolah Rendah
12

Kembali ke atas