kilo- | kilo- | Awalan yang bermaksud satu ribu. Contohnya, 1 kilowatt bersamaan seribu watt. | Menengah Rendah |
sistem 24 jam | twenty-four hour system | Sistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 24 jam bermula pada 12 tengah malam hingga 12 tengah malam hari yang berikutnya. Sistem ini dinyatakan dalam empat digit. Contohnya, 1. Jam 1330 bermaksud 1:30 p.m. 2. Jam 0930 bermaksud 9:30 a.m. | Menengah Atas |
p.m. | p.m. | Singkatan bagi post meridiem (post meridian), bermaksud selepas tengah hari, iaitu tempoh masa antara tengah hari hingga tengah malam. | Menengah Rendah |
a.m. | a.m. | Singkatan bagi ante meridiem (ante meridian), bermaksud sebelum tengah hari, iaitu tempoh masa antara tengah malam hingga tengah hari. | Menengah Rendah |
p.m. | p.m. | Singkatan bagi post meridiem (post meridian) yang bermaksud selepas tengah hari. Ini merujuk pada waktu selepas tengah hari sehingga sebelum tengah malam. | Sekolah Rendah |
a.m. | a.m. | Singkatan bagi ante meridiem (ante meridian) yang bermaksud sebelum tengah hari. Ini merujuk pada waktu selepas tengah malam sehingga sebelum tengah hari. | Sekolah Rendah |
kurang daripada | less than | Nombor di sebelah kiri simbol mempunyai nilai yang kurang daripada nilai di sebelah kanan. Simbolnya ialah <. Contohnya, 7 < 8 bermaksud 7 kurang daripada 8. | Menengah Atas |
kurang daripada | less than | Perihal hubungan antara sepasang nombor yang menunjukkan nombor mana mempunyai nilai yang lebih kecil. Hubungan ini ditunjukkan dengan simbol <. Contohnya, 7 < 8 yang bermaksud 7 kurang daripada 8. | Menengah Rendah |
kurang daripada atau sama dengan | less than or equal to | Nombor di sebelah kiri mempunyai nilai yang kurang daripada atau sama dengan nilai di sebelah kanan. Simbolnya ialah ≤. Contohnya, a ≤ 5 bermaksud a boleh terdiri daripada sebarang nombor yang kurang daripada 5 ataupun sama dengan nombor 5 itu sendiri. | Menengah Atas |