Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ten.ta.ngan] | برتنتڠن

Definisi : 1. = ~ dgn = bertentang-tentangan berhadap-hadapan, berhadapan: dia duduk ~ dgn aku; 2. sl berdekatan dgn: setelah itu maka sampailah kapal itu ~ dgn Gunung Sailan; 3. berlawanan (arah, ke­dudukan, dll): arah yg ~; sudut yg ~; 4. ber­lawanan, bermusuhan: mungkin kita dgn mereka kadang-kadang bergaduh dan ~, tetapi dgn mereka juga kita mesti makan, bekerja serta bermain-main; 5. tidak sesuai (cocok, selaras) dgn, bersalahan dgn: tiap-tiap kebebasan seseorang itu akan ~ dgn kebebasan seseorang yg lain; 6. berselisih (faham, pendapat, dll): kami berdua jarang ~ pendapat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Peribahasa

Lain teringat lain disebut;
     bertukar angguk dengan ilallah.

Bermaksud :

Perbuatan yang bertentangan dengan perkataan. ilallah = hujung kalimat lailahailallah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sudut bertentanganopposite angleSudut-sudut yang bertentangan antara satu sama lain dalam suatu bentuk geometri. Lihat ContohMenengah Rendah
sudut pedalaman bertentanganinterior opposite anglesSudut yang terbentuk oleh dua sisi yang bertentangan dalam satu poligon. Lihat ContohMenengah Atas
sudut bertentangan bucuvertically opposite anglesPasangan sudut yang terbentuk oleh sepasang garis yang bersilang dan terletak bertentangan titik persilangan. Lihat rajahMenengah Atas
sudut bertentangan bucuvertically opposite anglesPasangan sudut yang terbentuk oleh sepasang garis yang bersilang, dan yang terletak di sebelah bertentangan titik persilangan. Lihat ContohMenengah Rendah
sudut berselang-selialternate anglesDua sudut yang terbentuk apabila satu garis bersilang dengan dua garisan yang lain, pada sebelah yang bertentangan dengan garis mengufuk dan bertentangan antara satu sama lain. Jika kedua-dua garisan yang bersilang selari, sudut berselang-seli akan mempunyai darjah yang sama. Lihat ContohMenengah Rendah
sudut bertentanganopposite angleSudut-sudut yang berlawanan dalam satu bentuk geometri. Lihat rajahMenengah Atas
sisi bertentanganopposite sideSisi yang berlawanan dengan sudut atau sisi lain. Lihat ContohMenengah Atas
sisi bertentanganopposite sideSisi segi tiga yang terletak setentang dengan sesuatu sudut. Lihat ContohMenengah Rendah
songsanganinverseHasil yang bertentangan, iaitu kebalikan daripada sesuatu operasi.Menengah Atas
songsanganinverseHasil yang bertentangan atau kebalikan daripada sesuatu operasi. Contohnya, songsangan bagi operasi yang melibatkan tambah 9 ialah operasi tolak 9.Menengah Rendah
123

Kembali ke atas