Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.sar] | بسر

Definisi : 1 tidak kecil ukurannya; lebih drpd sedang ukurannya: Rumahnya ~ lagi cantik. 2 hampir dewasa; tahu membezakan yg buruk drpd yg baik: Anak-anaknya semua sudah ~. 3 ukuran sesuatu benda: ~ rumahnya lebih kurang dua kali rumah ini. 4 paling tinggi pangkatnya dlm sesuatu jawatan; paling berpengaruh atau berkuasa: guru ~ guru yg menjadi ketua guru-guru di sesebuah sekolah; kerani ~ kerani yg mengetuai semua kerani di sesebuah pejabat; orang ~ orang yg memegang jawatan penting dlm kerajaan, di sesebuah firma dsb. ~ hati a. bangga. b. senang atau girang hati. ~ kepala a. tidak mahu menurut kata orang lain. b. sombong. ~ mulut banyak bercakap. ~ perut a. kuat makan. b. mengandung atau hamil. berbesar; ~ hati berasa besar hati. membesar menjadi besar; bertambah besar: Tiap-tiap benda yg hidup pasti akan ~. membesarkan 1 menyebabkan menjadi besar: Dia sedang ~ rumahnya. 2 menjaga atau memelihara hingga menjadi besar: Kita hendaklah sentiasa menghormati kedua-dua ibu bapa kita yg telah bersusah payah ~ kita. 3 menganggap penting atau tinggi: Jika kita suka ~ diri, kita akan dibenci orang. membesar-besarkan mengatakan yg bukan-bukan hingga berlebih-lebihan: Janganlah kita ~ perkara yg tidak penting itu. memperbesar menjadikan lebih besar drpd yg ada: Kerajaan bercadang hendak ~ pasukan tentera negara kita ini. besar-besaran dgn cara yg besar atau berlebih-lebihan: Majlis perkahwinan itu telah diadakan secara ~. kebesaran 1 keadaan atau sifat besar: ~ Tuhan tidak ada bandingnya. 2 tanda-tanda spt pakaian dll yg menyatakan ketinggian pangkat atau darjat: Baginda duduk bersemayam dgn memakai pakaian ~. 3 hal atau perkara yg dpt dibanggakan atau yg dpt dimegahkan; kemuliaan: ~ kerajaan Melayu Melaka termasyhur ke seluruh dunia. pembesaran hal (cara dsb) membesar atau membesarkan: Beliau telah memberikan perhatian yg lebih terhadap ~ angkatan bersenjata. pembesar 1 orang yg berpangkat tinggi: Semua ~ negeri turut hadir dlm perarakan Maulud Nabi. 2 alat utk membesarkan sesuatu: ~ suara alat utk menguatkan suara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Besar,
     besar gunung dipandang;
kecil,
     kecil hutang disandang.

Bermaksud :

Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang).

 

Lihat selanjutnya...(235)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tokokincreasePerubahan sesuatu menjadi lebih besar dari segi saiz, amaun atau nilai.Menengah Atas
nombor positifpositive numberNombor yang nilainya lebih besar daripada sifar. Contohnya, 0.5, 1, dan 2.Menengah Atas
positifpositivePerihal nombor yang mempunyai nilai lebih besar daripada sifar.Menengah Rendah
nombor positifpositive numberNombor yang nilainya lebih besar daripada sifar. Contohnya, 0.5, 1 dan 2.Menengah Rendah
integer positifpositive integerNombor bulat yang lebih besar daripada sifar. Contohnya, 1, 2, 3, ... .Menengah Rendah
maksimummaximumNilai, amaun, atau saiz yang paling besar atau tinggi dalam satu set data.Sekolah Rendah
tertib menurundescending orderSusunan nombor mengikut nilai, dari besar ke kecil. Contohnya, 493, 99, 14, 2.Menengah Rendah
terbesarbiggest/largestNilai nombor atau jumlah yang paling besar dalam sesuatu kumpulan nombor.Sekolah Rendah
pecahan tak wajarimproper fractionPecahan yang pengangkanya lebih besar atau sama dengan penyebut. Lihat ContohSekolah Rendah
tertib menaikascending orderSusunan nombor mengikut nilai, dari kecil ke besar. Contohnya, 2, 14, 99, 493.Menengah Rendah
123

Kembali ke atas