ujian kebolehbahagian | divisibility test | Ujian untuk mengetahui sama ada satu nombor boleh dibahagikan secara tepat dengan nombor lain. Contohnya, 336 boleh dibahagi dengan 3 kerana 3 + 3 + 6 =12 dan 12 boleh dibahagi dengan 3, maka 336 boleh dibahagi dengan 3. | Menengah Atas |
boleh bahagi | divisible | Perihal satu nombor yang boleh dibahagi tepat dengan satu nombor yang lain tanpa baki. | Menengah Atas |
boleh bahagi | divisible | Perihal satu nombor yang boleh dibahagi secara tepat dengan satu nombor yang lain tanpa baki. | Menengah Rendah |
pilih atur | permutation | Tertib semua susunan yang boleh dibuat bagi satu kumpulan objek. Contohnya, objek A, B dan C boleh disusun mengikut pilih atur yang berbeza, iaitu ABC, ACB, BAC, BCA, CAB, CBA. | Menengah Atas |
dividen | dividend | Nombor yang boleh dibahagi dengan nombor yang lain. Contohnya, 8 ÷ 4 = 2. Oleh itu, 8 merupakan dividen. | Menengah Atas |
pembahagi | divisor | Nombor yang boleh membahagi tepat nombor bulat yang lain. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
gandaan | multiple | Nombor yang boleh dibahagikan dengan tepat oleh satu nombor yang lain. Contohnya, 10, 15, 20, ... merupakan gandaan bagi 5. | Menengah Rendah |
muatan | capacity | Jumlah maksimum yang boleh dimasukkan atau dikandung oleh sesuatu bekas. | Menengah Rendah |
persamaan kuadratik | quadratic equation | Persamaan yang boleh ditulis dalam bentuk am, ax² + bx + c = 0 dengan a, b dan c ialah pemalar dan a ≠ 0. Persamaan ini perlu mempunyai satu pemboleh ubah dan kuasa tertinggi pemboleh ubah itu ialah 2. | Menengah Atas |
nombor genap | even number | Integer yang boleh dibahagi tepat dengan angka 2. Contohnya, − 4, −2, 0, 2, 4, ... | Menengah Atas |