bajet | budget | Anggaran wang pendapatan dan perbelanjaan. Bajet dikenali juga sebagai belanjawan. | Sekolah Rendah |
trigonometri | trigonometry | Cabang matematik yang berkaitan dengan hubungan antara sisi segi tiga dan sudutnya serta juga penggunaannya. | Menengah Rendah |
isometri | isometry | Penjelmaan yang mengekalkan jarak di antara dua titik pada objek asal dengan jarak dua titik tersebut pada imejnya, yang juga menyebabkan objek dan imej adalah kongruen. Contohnya, translasi, pantulan, dan putaran. | Menengah Rendah |
bankrap | bankrupt | Keadaan seseorang yang berada dalam kerugian dan tidak mampu menyelesaikan hutang. Bankrap dikenali juga sebagai muflis. | Sekolah Rendah |
piramid segi tiga | triangular pyramid | Piramid yang tapak dan setiap mukanya berbentuk segi tiga. Piramid ini dikenali juga sebagai tetrahedron. Lihat rajah | Menengah Atas |
sisi empat | quadrilateral | Poligon yang mempunyai empat sisi, empat sudut dan empat penjuru. Sisi empat dikenali juga sebagai segi empat. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
pinjaman | loan | Wang pembiayaan untuk sesuatu tujuan yang diterima daripada institusi kewangan dan dikenakan faedah. Pinjaman biasanya akan dibayar secara ansuran. Pinjaman dikenali juga sebagai hutang. | Sekolah Rendah |
vektor sifar | zero vector | Vektor yang mempunyai nilai magnitud sifar dan tiada arah. Hasil tambah sesuatu vektor dengan vektor sifar ialah juga. | Menengah Atas |