muatan | capacity | Jumlah maksimum yang dapat ditampung oleh sesuatu. Muatan dikenali juga sebagai kapasiti. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
rawak | random | Perihal memperoleh sesuatu tanpa dapat diramal kerana kebarangkalian untuk semua hasil yang mungkin adalah sama. | Menengah Atas |
tak tertakrif | undefined | Perihal sesuatu yang tidak dapat ditentukan nilainya. Contohnya, operasi bahagi dengan sifar. | Menengah Atas |
nombor tak nisbah | irrational number | Nombor yang tidak dapat dinyatakan sebagai hasil bahagi dua integer. Bahagian perpuluhan nombor ini tak terhingga dan tidak berulang. | Menengah Atas |
nombor tak nisbah | irrational number | Nombor yang tidak dapat dinyatakan sebagai hasil bahagi dua integer. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
rawak | random | Perihal memilih sesuatu antara semua yang mungkin tanpa dapat diramal kerana kebarangkalian untuk semua pilihan adalah sama. | Menengah Rendah |
masa | time | Tempoh dari waktu lalu ke waktu sekarang hingga waktu depan yang dapat diukur dengan menggunakan jam atau alat pengira masa yang lain. | Menengah Rendah |
isi padu | volume | Sukatan ruang di dalam sesuatu pepejal. Isi padu pepejal tiga dimensi seperti kuboid dapat diukur menggunakan formula panjang × lebar × tinggi. Lihat rajah | Menengah Atas |
deduksi | deduction | Proses membuat kesimpulan khusus daripada pernyataan umum. Contohnya, semua murid tahun satu lulus ujian matematik merupakan satu pernyataan umum. Imran murid tahun satu. Secara deduksi, dapat disimpulkan bahawa Imran lulus ujian matematik. | Menengah Atas |
teorem Pythagoras | Pythagoras theorem | Teorem yang menyatakan bahawa bagi sebarang segi tiga bersudut tegak (90°), kuasa dua hipotenusnya adalah bersamaan dengan jumlah kuasa dua panjang dua sisi yang lain. Teorem ini dapat dinyatakan dalam formula a²+ b² = c². Lihat rajah | Menengah Atas |