suhu | temperature | Ukuran untuk menunjukkan tahap kepanasan atau kedinginan sesuatu bahan. Unit yang digunakan ialah darjah Celsius (°C), darjah Fahrenheit (°F) dan Kelvin (K). | Menengah Atas |
suhu | temperature | Ukuran untuk menunjukkan tahap kepanasan atau kedinginan sesuatu bahan. Unit yang digunakan ialah dalam darjah Celsius (°C), darjah Fahrenheit (°F) dan Kelvin (K). | Menengah Rendah |
darjah | degree | Unit ukuran bagi sudut. Simbol darjah ditunjukkan sebagai °. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
darjah | degree | 1. Unit ukuran bagi sudut (°). Contohnya, darjah sudut tegak = 90°. 2. Kuasa tertinggi bagi pemboleh ubah dalam suatu polinomial. | Menengah Atas |
darjah | degree | Unit ukuran bagi sudut (°). Contohnya, tiga puluh darjah ditulis sebagai 30°. | Menengah Rendah |
bearing | bearing | Arah kompas yang menyatakan dalam unit darjah suatu sudut yang diukur dari utara mengikut arah jam. Lihat rajah | Menengah Atas |
sudut | angle | Ruang di antara dua garis lurus yang berpunca dari titik yang sama. Sudut diukur dalam unit darjah (°) Lihat Contoh | Menengah Rendah |
sudut berselang-seli | alternate angle | Dua sudut yang terbentuk apabila satu garis bersilang dengan dua garisan selari yang lain. Sudut berselang-seli akan mempunyai darjah yang sama. Lihat rajah | Menengah Atas |
sudut berselang-seli | alternate angles | Dua sudut yang terbentuk apabila satu garis bersilang dengan dua garisan yang lain, pada sebelah yang bertentangan dengan garis mengufuk dan bertentangan antara satu sama lain. Jika kedua-dua garisan yang bersilang selari, sudut berselang-seli akan mempunyai darjah yang sama. Lihat Contoh | Menengah Rendah |