pepenjuru matriks | diagonal of matrix | Unsur-unsur bagi satu matriks segi empat sama yang kedudukan baris dan lajurnya sama. | Menengah Atas |
pepenjuru | diagonal | Garis lurus yang menyambungkan dua bucu yang tidak bersebelahan bagi bentuk dua dan tiga dimensi. Lihat rajah | Menengah Atas |
pepenjuru | diagonal | Garis lurus yang menyambung dua bucu yang tidak bersebelahan bagi sesuatu poligon. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
pepenjuru | diagonal | Garis lurus yang menghubungkan dua penjuru poligon yang tidak bersebelahan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
pepenjuru utama | main diagonal | Pepenjuru dalam matriks segi empat sama yang bermula pada sudut kiri sebelah atas hingga ke sudut kanan sebelah bawah matriks. | Menengah Atas |
pepenjuru sekunder | secondary diagonal | Pepenjuru dalam matriks yang membentuk garis lurus bermula dari sebelah atas sudut kanan matriks hingga ke sebelah bawah sudut kiri matriks. Lihat Contoh | Menengah Atas |
pepenjuru prinsipal | principal diagonal | Lihat pepenjuru utama. | Menengah Atas |