sudut rujukan | reference angle | Sudut tirus bagi satu sudut yang diberi. Lazimnya, sudut rujukan merupakan sudut terkecil di antara sisi terminal dengan paksi-x. Nilai fungsi trigonometrinya sama dengan nilai fungsi trigonometri sudut yang diberi, sama ada positif atau negatif. Lihat Contoh | Menengah Atas |
komisen | commission | Upah yang diberi kepada ejen jualan apabila berjaya menyelesaikan urus niaga. | Menengah Rendah |
salingan | reciprocal | Sebutan yang apabila didarab dengan satu sebutan yang diberi menghasilkan 1. Lihat Contoh | Menengah Atas |
salingan | reciprocal | Nombor yang apabila didarab dengan suatu nombor yang diberi menghasilkan 1. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
plot | plot | Perbuatan menanda titik-titik untuk melukis graf berdasarkan koordinat yang diberi. Lihat rajah | Menengah Atas |
faktor | factor | Nombor, sebutan atau ungkapan algebra yang membahagi dengan tepat suatu nombor, sebutan atau ungkapan yang diberi. Contohnya, 4 ialah salah satu faktor bagi 12, 4x ialah salah satu faktor bagi 12x² dan (x + 1) ialah salah satu faktor bagi (x² – 1). | Menengah Atas |
punca | root | Perihal nombor yang didarabkan dengan nombor itu sendiri, pada kadar tertentu, akan menghasilkan nombor yang diberi. Contohnya, punca kuasa dua bagi 4 ialah 2 kerana 2 × 2 = 4. | Menengah Rendah |
punca kuasa dua | square root | Perihal nombor yang didarabkan dengan nombor itu sendiri sebanyak sekali akan menghasilkan nombor yang diberi. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
punca kuasa tiga | cube root | Perihal nombor yang didarabkan dengan nombor itu sendiri sebanyak dua kali akan menghasilkan nombor yang diberi. Lihat Contoh | Menengah Rendah |